Alat yang dapat membantu ketika kecemasan buat pendaki, pengembara atau pelayar di laut.

September 19, 2021 By:

Kemalangan merupakan sesuatu yang tak diingini oleh setiap orang terutama buat mereka yang suka kan aktiviti ekstrem seperti mendaki gunung dan juga berlayar di lautan.

Seringkali kita terdengar tentang kes orang hilang di hutan selama berhari hari. Namun begitu, perkara sebegini dapat dielakkan jika kita mempunyai langkah keselamatan tambahan bagi memudahkan pencarian jika kita terlibat dalam situasi sesat di hutan mahupun terkandas di lautan.

Peralatan bantuan kecemasan yang bagus (GPS beacon)

Dalam NM membelek-belek Facebook, tiba-tiba NM ditakdirkan untuk terserempak dengan satu alat yang bagi NM amat bagus untuk golongan ini. Peralatan Keselamatan yang di panggil ACR ResQLink 400 ini merupakan alat yang berfungsi untuk memberikan signal kecemasan secara terus ke pihak SAR tanpa memerlukan line telefon yang kadang kala ia tidak berada dalam radius keadaan anda.

ini la ghupanya

Yang lagi best adalah, alat ini tidak tenggelam di air. Potensi kehilangan alat ini ke dasar air dapat dielakkan. Antara fungsi yang dilengkapi pada alat ini seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Atau boleh laman sesawang rasmi pengeluar ACR ReqLink ini.

Ke Website Rasmi Pengeluar : https://www.acrartex.com/products/resqlink-400ACRATEX.COM

Malah yang lebih menarik, penggunaan peralatan ini adalah GLOBAL. Contoh anda sedang berenang di Selat Melaka, tiba-tiba anda tersesat sehingga ke tengah lautan pasifik. Maka peralatan ini masih dapat digunakan. Tapi NM tak pasti, global tu termasuk tak dalam kategori Alam bunian. Nanti siapa-siapa pernah ada pengalaman, boleh share pada NM.

Harga peralatan ini pun tidak lah murah, tapi bagi NM, ia amat berbaloi bagi mereka yang suka pada sukan-sukan extreme, aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi, dan sebagainya. Anda dah tak perlu risau jika tersesat, ataupun terjatuh patah kaki ketika mendaki di tengah-tengah gunung ganang, hanya tekan button bantuan, insyallah bantuan akan tiba. Harga bagi peralatan ini di pasaran adalah RM 1,599.00.

Macam mana nak dapatkan peralatan ini?

Dah cerita panjang lupa pulak nak inform macam mana nak dapatkan. So anda boleh pergi ke :

Lazada : Shopping Lazada ACR ResQLink 400
Shopee : Shopping Shopee ACR ResQLink 400

Jadi itu sahaja perkongsian dari NM yang NM rasa amat bermanfaat kepada kita. Terima kasih atas sokongan selama ini. Apa-apa info atau cadangan boleh email NM di nenasmadudotcom@gmail.com.

Leave a Reply