Kopi Kee Nguyen di Bangi Seksyen 15

September 26, 2021 By:

Sekali lagi posting NM untuk kali ini di tujukan buat peminat kopi sedunia. Yang baru nak menjadi peminat pun tak salah nak join baca sekali. Antara salah satu kopi terkenal atau yang di minati bagi penduduk asia tenggara adalah kopi vietnam. Kalau melancong ke sana, antara minuman yang wajib anda semua nikmati adalah kopi vietnam.

Apa tu Kopi Vietnam?

Kopi vietnam menggunakan biji kopi robusta yang kebanyakan majoritinya dihasilkan di kawasan Vietnam. Kopi ini dikisar (blended) halus atau medium. Ini semua adalah perkara yang normal dalam penyediaan mana mana kopi.

Perbezaan utama dalam pembikinan kopi vietnam adalah dari segi proses seduhan. Ia menggunakan proses dripping secara perlahan-lahan dengan menggunakan air panas. Proses ini biasanya mengambil masa yang lebih lama berbanding menggunakan mesin automatik yang pernah NM sentuh sedikit sebanyak di dalam artikel berkaitan Celcius Coffee.

Artikel berkaitan : Celcius Coffee Premium

Teknik tradisional ini kadangkala menghiburkan. Sebab ia proses yang mengambil masa dan satisfying tau. Kita boleh perhatikan titisan air kopi dari filter tersebut jatuh menetes.

Selepas dah dapat pada sukatan yang dikehendaki, air kopi yang dihasilkan akan dicampurkan dengan susu condensed, memang ngam ngam sui sedap pergi dia dengam aroma kopinya pergh.. sukatan susu tu bergantung pada si penikmatinya.

Kopi jenis vietnam ni juga kebiasaannya lebih sesuai untuk dicampurkan dengan ais. Dia boleh saja tak campur ais, tapi kopi vietnam ni memang next level bila campur dengan ais.

Kalau nak gambaran lebih jelas, di bawah ni adalah bentuk rupa peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan kopi vietnam. Dulu NM masa kerja di salah satu kedai serbaneka, memang hari hari boleh kata seduh kopi vietnam ni. Masa tu beli borong banyak banyak time melancong ke sana.

Tapi sekarang dah mudah sikit, boleh terus beli je di lazada sampai ke rumah. Link di bawah NM sertakan.

1. Kopi Vietnam paling premium : 425g Vietnam Trung Nguyen Coffee

2. Kopi Vietnam Jenama Oooze : Ooze Coffee Kopi Vietnam (Halal)

3. Kopi Vietnam 3 in 1 : G7 TRUNG NGUYEN 800gm (50satches x16gm)

Kopi Kee Nguyen di Bangi

Lokasi kedai kopi vietnam ini terletak di Bangi Seksyen 15. Atau boleh terus waze ke google map : KeeNguyenBangiMaps

Alamat penuh : 2, Jalan 15/1f, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Dia bersebelahan dengan restoran mamak Ameerali dan Faris Maju dan pintu masuk dia betul betul di sebelah kedai cermin mata.

Kee Nguyen di Bangi Seksyen 15

So far NM dah repeat banyak kali. Memang kena dengan tekak kalau kata konsep Kopi Vietnam tu diketengahkan. Memang kopi vietnam walaupun tidaklah sama semasa di Vietnam rasanya. Pun begitu, ia dah cukup ngam dan lepaskan rindu.

Design pada cawan dia pun simple je. Tapi tu bukan tujuan utama, tujuan utama adalah untuk menikmati aroma dan sisipan air kopi yang mendamaikan. Di mana kopi vietnam dari Kee Nguyen ini berkesan untuk tujuan itu. Panas panas minum air kopi ais memang marbeles.

Dalam menu yang terdapat pada Kee Nguyen ini adalah Signature dia lah, Condensed Coffee Milk. Yang lain-lain tu ada banyak juga yang tak pernah dibuat sebelum ni di Malaysia. Antaranya Kopi dicampur dengan Coke, Kelapa dan Yogurt. Cuma yang paling ekstrem adalah kopi campuran Telur Kuning! Yep, yeah….

NM belum pernah rasa kopi lain lain tu. Belum ada keberanian. Soon.

Antara menu di Kopi Kee Nguyen

Cawangan Kee Nguyen ni dah ada di serata Malaysia. Mungkin anda boleh ke search kemungkinan ada berhampiran dengan tempat anda. Boleh lah singgah rasa why not.

Kopi Vietnam dari Kee Nguyen : sumber google maps (NM ada ambil juga gambar tapi tak berapa cantik macam ni)

Ini adalah the best kopi vietnam so far. Antara yang boleh lawan adalah di Kedai Nasi Kandar Apollo Jalan reko. Kat sana pun ada jual kopi vietnam. Not bad juga dan sedap. Selain tu sebelum ni ada dijual di gerai tepi jalan sungai tangkas, dia guna serbuk kopi vietnam yang fames. Tapi sejak kebelakangan ni dah tak buka, NM tak pasti kenapa. Harap semuanya baik baik sahaja.

Sekarang pula tengah trending kopi gantung juga di area sungai Tangkas bangi. Dihasilkan di gerai cikong55 street drink. Nantilah ada masa NM akan berkongsi.

Jadi untuk Kee Nguyen ni, NM suggest sangat sangat untuk anda juga mendapatkannya. Harga dia pun harga marhein, tak mahal bermula RM7. Cash NM tak bawa jadi NM guna eWallet TouchNGo. So tak ada masalah sangat kalau terlupa bawa dompet atau sebagainya.

Itu sahaja perkongsian NM berkaitan kopi vietnam di Kee Nguyen ni. Apa apa cadangan atau komen boleh email ke nenasmadudotcom@gmail.com.

Leave a Reply