Mee wantan kicap paling sedap setakat ni

October 2, 2021 By:

Review jalanan kali ni NM membawakan sejenis makanan berasal dari negara China sejak zaman Dinasti Tang lagi sekitar tahun 618-907CE. Makanan yang diberi nama mi wantan atau wonton mee yang kini dah mudah untuk didapati di kedai kedai seluruh negara.

Penyediaan mee wantan kicap ni dihidangkan dalam bentuk sup dan sayur kailan. Di negara bukan majoriti islam, atau target market nya pada non muslim, bahan berasaskan babi/pork akan diletakkan. Tapi di Malaysia ni kalau nak hidang pada muslim, tak masuk akal la pula nak gunakan kaedah yang sama. Jadi peniaga akan olah mengikut citarasa di kawasan terbabit supaya kena dengan tekak penduduk di situ.

Kalau nak tahu bentuk mee wonton ni lebih kurang macam ni lah.

Sumber google

NM tak sengaja termakan mee wantan tersedap di Bangi

Mee wantan yang NM nak cerita ni rupanya selama ni telah viral di sosial media. Barangkali hanya NM tak perasan. Mee wantan yang viral ini bukanlah produk yang dihasilkan di restoran mewah, tetapi hanya gerai di tepi jalan.

Pada mulanya NM hanya nak beli sebab nampak macam sedap je nak makan time hujan ni. Sampai di gerai tu macam baru je nak buka dalam pukul 12 lebih. Jadi NM tanya sama ada lama lagi ke tak. Dia kata sekejap je dalam 5 minit.

Masa tu di tangan NM memang ada dah nasi kerabu dua bungkus. Tapi biasalah, nak support dan nak rasa punya pasal lah kononnya, lagipun tak ada perkara urgent waktu tu. Itu pasal berat NM makin naik. Ayyo!

So sementara tunggu tu, hujan dah mulai turun gerimis. Owner gerai tu offer duduk berteduh bawah khemah payung dia siap ada sedia kerusi kat situ. Jadi NM duduk lah kat situ diam diam sambil belek belek fon layan tiktok.

Dalam 5 minit macam tu dah siap. Punyalah baik owner tu dengan layanan lembut dia walaupun muka nampak macam garang, ni dia siap senyum(walaupun pakai mask kita boleh tahu dia tengah senyum ke tak dari riak muka). Dia pakai mask okey.

Sampai rumah, NM pun cuba lah rasa. Mak aih. Sedap bos serius. Rasa dia tak masin seperti kebanyakan kedai lain termasuk di restoran yang overpriced (tak mentioned), dengan mee dia lembut bak ang. Yang lagi best, dia bagi dumpling dan juga ayam goreng potong dalam tu. Harga RM8 je bos untuk satu set tu. NM rasa ini dah bukan biasa biasa punya level. Ini next level punya makanan ni.

Jadi NM cuba lah google apa kebenda yang sedap sangat mee wantan ni. Mustahil lah tak ada orang bercerita kan getus hati NM.

Ya rabbi, memang selama ni dah ada orang puji tentang gerai ni. Bukan sikit anak, 400 komen pada posting di Facebook, kesemua berikan feedback yang positif.

Jadi lidah NM masih reliable dalam menilai sesuatu masakan tu sedap ke tidak. Masakan semua bersetuju dengan apa yang NM rasa dalam hati. Rasa macam lirik lagu pula.

Alkisah gerai wantan mee jalan reko dan gambar cilok

Gerai yang NM maksudkan adalah Wantan Mee Sup Jalan reko. Lokasinya berhampiran dengan Econsave jalan reko bangi.

Atau boleh tekan link ni ke google maps anda : https:///googlemaps.afdjjdf

Owner dia peramah gila
Tak sangka 2 jam menunggu. NM datang masa baru buka tak ada orang lagi
High review dari rata rata mereka yang pernah merasa, NM tak silap
Uhhh sedapnya mee wantan dia

Setiap suapan yang masuk dalam mulut tu rasa berbaloi dengan apa yang NM spend. Satu set pada kadar harga macam tu, memang sangat sangat tak masuk akal. Sedap kedebaboom.

NM cadang kalau ada rezeki lebih nak buat pesta keramaian, nanti NM akan upah dia jadi caterer. Top listed.

So untuk anda semua yang berminat, boleh serbu awal. NM memang bernasib baik tak perlu beratur panjang macam sorang individu tu perlu sampai 2 jam. Tapi memang berbaloi bos.

Sekian review tulus dari NM berkenaan gerai mee wantan tersedap setakat ni yang NM rasa. Tak puas makan sebab kongsi 1 set 3 orang. Kalau tahu dah beli sepuluh. Over okey.

Apa apa cadangan atau penambahnaikan boleh email nenasmadu ke nenasmadudotcom@gmail.com.

Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan rangsangan kepada deria rasa nafsu lahap anda! Outz

Leave a Reply