Luang masa bersama keluarga di Homestay Sungai Lui, aktiviti Berkelah di Sungai Gabai

October 9, 2021 By:

Meluangkan masa bersama keluarga adalah antara aktiviti yang boleh mencipta memori indah yang bakal menjadi kenangan di masa akan datang. Antara perkara yang NM sentiasa teruja sewaktu zaman kanak-kanak di Terengganu dulu adalah apabila parent NM ajak pergi berkelah di Sekayu ataupun Kolam Air panas Lata Tembakar(betul tak ejaan ni,NM tahu sebut je).

Selepas kebenaran untuk merentas daerah di Negeri Selangor dilaksanakan, NM berkesempatan bersama keluarga untuk mengisi masa berharga dengan aktiviti berkelah di Sungai Gabai. Aktiviti keluarga yang penuh manfaat diisi dengan program keakraban antara sesama seisi keluarga. Lebih lagi NM baharu sahaja menerima ahli baharu dalam kalangan keluarga yang menambah seri di dalam keluarga kecil kami.

Selama 3 hari bermula pada hari isnin. Pilihan hari waktu bekerja membolehkan dapat elak kesesakan pengunjung pada waktu itu. Untuk makluman, semua homestay di kawasan sungai lui juga telah penuh dibooking. Jadi hanya hari hari bekerja sahaja yang masih kosong dan kami berjaya menempah rumah homestay di kawasan sungai Lui.

Walaupun di sungai lui, aktiviti perkelahan kami berlaku di Sungai Gabai. Kawasan sungai gabai ni sangat menarik di mana ia mempunyai kawasan sliding di bahagian lebih atas. Kawasan di sini juga agak terjaga, walaupun terdapat beberapa sampah kelihatan dipersekitarannya, almaklumlah kini sudah agak sukar untuk mencari sungai yang betul betul bersih. Walaubagaimanapun keadaannya tidaklah teruk sehingga merah mata pabila kita memandang.

Di sana kami berkelah di tepi sungai beralaskan tikar bagi menempatkan barangan peribadi dan makanan. Ada juga bawa dapur portable untuk panaskan stimbot tomyam. Lepas mandi pekena sup stimboat memang perfecto.

Ada siap pondok untuk berkampung

Di sebelah kami pula terdapat sebuah keluarga yang agak ramai. Siap dengan kelengkapan mini bbq dengan khemah lagi. NM tak sure dibenarkan atau tidak untuk bermalam di situ. Setahu NM tak dibenarkan. Kena dapatkan kepastian dari pihak penjaga sungai Gabai itu sendiri.

Ketibaan kami ke sana dalam jam 11 macam tu, masa tu kehadiran pengunjung masih lagi tak ramai. Walaupun dah agak tengahhari, air nya masih sejuk dan menyeronokkan.

Kalau di area bawah tu ada beberapa port untuk aktiviti keluarga yang boleh lepak bermain air bagi kanak kanak umur bawah 8 tahun. Kawasan yang agak sesuai dari segi kedalaman air di situ. Arus pun tak berapa kuat. Tapi kalau nak ekstrem dan lebih mengujakan, perlu naik tangga ke bahagian lebih atas. Kat situ lebih syiok dan elakkan dari terleka dengan keseronokan(Jaga keselamatan).

Hati hati ketika melangkah tangga naik ke atas.

Satu lagi info, di sana ada pembayaran tiket masuk rm1 bagi setiap kepala. Kanak kanak kecil bawah 6 tahun tidak dikenakan caj. Ala pandai pandai lah kawtim dengam brader tu. Dan nak gunakan tempat mandi/tandas, perlu bayar juga rm1. Tapi di situ tak ada yang jaga. Semasa NM guna tandas dia agak terjaga dan bersih juga. Malah sistem air dia semua okay tak ada kerosakan. Malah air shower dia laju. Sesuai untuk bersihkan badan kalau rasa macam ada pasir atau sebagainya.So well spentlah rm1 tu untuk tujuan tukar pakaian dan mandi selepas berendam dalam sungai.

NM kat sana lebih kurang dalam 2 jam sahaja sebab kami ada aktiviti lain di homestay selepas zohor. Jadi puas hati lah 2 jam di sungai gabai. Waktu nak pulang pada jam 1 petang, kenderaan dah mula banyak walaupun pada waktu hari bekerja.

Di homestay kami, lupa pula nak introduce homestay yang kami duduki. Homestay yang kami tumpang sama di sana adalah homestay Rumah Gadang D Lui sungai lui. Lokasinya boleh click link ni : google/maps/RumahGadangSgLui/

Kawsannya luas, hampir satu ekar setengah kalau ikut kiraan NM. Rumah pun ada 5 bilik di hadapan, dan ada kawasan katil macam dorm utk 4 orang. Ada ruangan untuk solat. Serta pelbagai jenis buku untuk bacaan. NM maksudkan bayangkan buku di library. Boleh ?

Kawasan dapur dan ruang makan juga besar. Memang puas hati. Bilik air ada 1 di setiap 2 bilik tidur kecuali 1 bilik yang ada bilik air khas. Senang cite ada 5 bilik dan 3 bilik air.

Peralatan masakan juga lengkap, cuma bahan masak tak disediakanlah contoh macam minyak beras dan gula.

Kalau anda jenis suka berBBQ, ada dua tempat untuk anda berBBQ. Satu di bahagian depan porch kereta. Dekat situ ada ruang lepak berserta 3 sofa dan buaian. Satu lagi tempat bbq adalah di sebelah sungai. Kawasan Homestay ini betul betul sebelah sungai. Jadi kalau bosan bosan boleh terus lompat masuk sungai. Cuma air di sini sedikit keruh berbanding di sungai gabai tadi.

Selain tu ada pokok buah buahan macam manggis kelapa dan rambutan ada dalam kawasan berpagar homestay ni. Tuan penjaga ni kata boleh je ambil makan. Siap dia sediakan galah untuk mudahkan pengunjung untuk kait.

NM difahamkan ownernya adalah bekas pengarah Finas. Kalau tengok dalam rumah tu memang penuh dengan gambar gambar seni dan juga gambar potret. Ha hal ni NM mungkin nak nasihatkan diri NM dan pembaca. Elakkan untuk gantung gambar gambar hidup. Seram oit.

NM tempek sikit sebanyak gambar gambar sekitar homestay ini. Harga satu malam adalah rm840. Berbaloi serius.

Luasnya kawasan
Ruang solat
BBQ di bahagian hadapan
Sungai belakang rumah
Monopoli kad games (bawa sendiri)
Kait buah kelapa

Jadi buat sesiapa yang ingin berkelah di Sungai Gabai dan rasa nak bermalam di kawasan hulu langat ni, boleh lah datang mai.

Lokasi sungai Gabai : Gglemaps.com

Leave a Reply