Buat rumah atas tanah sendiri guna interlocking brick

October 17, 2021 By:

Ada banyak tanah, tapi tak tahu apa nak buat ? NM kongsi cara untuk buat rumah di atas tanah sendiri. Bukan hanya dapat rumah, tetapi rumah yang cantik dan unik dengan menggunakan interlocking brick.

Jom ~

Kalau sebelum ini, NM ada berkongsi pada artikel pada tahun 2019, dah agak lama juga tu, tentang satu produk interlocking brick dari sebuah syarikat bernama Uniti Brick Sdn Bhd.

Contoh site Uniti Brick di Rembau

Uniti Brick ini diketuai oleh seorang arkitek yang bernama Ahnaf Bin Jamal. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Bersama beliau terdapat barisan kumpulan yang berdedikasi yang khas untuk membantu beliau dalam membangunkan industri interlocking brick ini.

Apa yang membuatkan NM tertarik dengan Uniti Brick ini adalah kemampuan mereka handle dari A to Z. Contoh, anda ada tanah, nak buat rumah guna loan. Tapi tak tahu cara. Sebab kalau nak buat loan ini, setahu NM perlukan dapat kelulusan dari majlis perbandaran.

Dan mereka memang tahu selok belok dalam urusan tersebut malah anda pun boleh dapat sehingga ke peringkat CCC dari pihak majlis. NM pun tak berapa fasih tentang itu.

Dan mereka juga sekarang terlibat dengan satu development pembinaan kampus yang bernilai 10 juta (kalau tak silap lah) dengan menggunakan Interlocking Brick ni.

Dan diaorg claim bahawa ini adalah “KAMPUS PERTAMA MENGGUNAKAN INTERLOCKING BRICK

Kelulusan Pelan Bangunan Development Kampus Pertama Menggunakan Interlocking Brick

Pembangunanan di atas dijangka bermula pada pertengahana tahun 2021.

Selain itu, mereka juga buat custom design mengikut citarasa pelanggan. Jadi korang boleh bagi je idea pada mereka tentang RUMAH IDAMAN anda, then diaorang akan designkan kalau anda belum ada apa-apa design.

Mudah betul. Ada Idea, ada duit lebih sikit, boleh terus buat rumah atas tanah sendiri. Dari bayar bulan-bulan cukai tanah, tapi tak ada apa-apa atas tu, lebih baik bina sebijik rumah untuk anak cucu kemudian hari.

NM agak tertarik dengan Media Sosial dari team Uniti Brick ini. Hampir setiap hari mereka akan cuba memberikan info-info berguna kepada masyarakat. Info yang mampu membantu kita dari tertipu, dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih material, info tentang perbezaan atap, siling, tiles atau sebagainya.

Terlalu banyak info-info menarik boleh didapati dari media sosial Uniti Brick.

Boleh follow mereka di :
INSTAGRAM : UnitiBrick Insta
FACEBOOK : UnitiBrick FB

Atau boleh whatsapp untuk sebarang pertanyaan :

Klik untuk Whatsapp :
1. Ahnaf Jamal
2. Aizat

QR Code Whatsapp

Baca artikel berkaitan :

  1. Kolej Interlocking Brick – Artikel
  2. www.nenasmadu,com/Bina rumah Cantik dengan Interlockign Brick – Artikel

Leave a Reply