Cara nak buat google form dan sedikit tips. Mudah sahaja.

October 19, 2021 By:

Mungkin perkara ini sesuatu yang enteng bagi sesetengah orang. Nak buat google form? Senang sahaja caranya kalau tahu apa yang perlu dibuat.

Perkara paling penting sebelum nak buat google form ni adalah anda perlu punyai akaun google. Kalau belum ada, boleh register di link ini. Register Google Account.

Sebelum NM pergi lebih lanjut, suka untuk NM kongsi sedikit sebanyak info tentang google form ni.

Tutorial kali ni NM akan guna fully mobile phone punya penulisan.

Apa sebenarnya google form ni

Google form ni merupakan satu borang digital yang boleh diisi secara online. Dari borang ini juga ada beberapa fungsi unik yang dapat membantu dalam penyusunan keputusan yang anda mahukan. Selain itu, response dari orang yang mengisi maklumat boleh diproses sebagai data.

Itu secara ringkas, tapi agak teknikal. Bahasa paling mudah adalah, borang untuk isi guna internet, yang boleh jadikan database. Mudah faham tak?

Senang ke nak buat google form ni?

NM tak berani declare sama ada susah, ataupun senang. Bagi mereka yang advance, atuapun dikenali sebagai generasi moden, bagi mereka, ia mudah. Bagi orang orang tua macam NM ni, mungkin susah sikit. Namun begitu, boleh belajar. Dah faham, mudah sesangat. NM pun masih beginner, tapi boleh lah nak share serba sedikit pada yang masih zero.

Langkah dan Some Tips

Macam yang NM beritahu, perlu ada account google terlebih dahulu. Kemudian anda perlu ke link google form ni www.googleform.com. dan kalau dah sign ini, dia akan keluar seperti gambar di bawah.

Pertama sekali letak lah tajuk, macam NM tu still tak tukar jadi Untitled form je sebagai default.

Seterusnya ada beberapa jenis “pilihan jawapan” yang anda boleh buat mengikut kesesuaian.

Untuk pilihan pertama adalah short answer. Short answer adalah pilihan yang anda boleh buat bagi soalan yang memerlukan jawapan yang pendek. Berbeza dengan pilihan kedua iaitu parapragh yang membolehkan responant membuat jawapan yang lebih panjang.

Kemudian google form ni dia adalah pilihan segment bagi multiple choice, checkbox dan dropdown. Bagi multiple choice dan checkbox, customer(NM address dia sebagai customer lah) boleh tick lebih dari satu. Manakala dropdown hanya 1 pilihan sahaja.

Selain itu, anda juga boleh request untuk upload file. Di sini agak penting untuk anda tahu, jika anda mark soalan sebagai “required”, maka customer WAJIB untuk juga punyai akaun google sendiri. Kalau tak, siapa sahaja yang tiada akaun google boleh upload di sini.

Kemudian bagi pilihan seterusnya adalah linear scale, multiple choice grid dan check box grid. Untuk linear scale lebih kepada pilihan range. Jawapan yang membolehkan pilihan range seperti 1-10, 11-20 ,21-30. Manakala multiple choice grid dan check box grid seperti kategori pertama, cuma lebih pada skala besar dengan punyai tambahan collum.

Dan yang terakhir adalah kategori time dan date. Ini bagi soalan yang perlu jawapan berkaitan masa dan tarikh. Untuk tarikh biasanya soalan seperti pertanyaan tarikh lahir. Jawapan ini juga boleh letak waktu.

Tips tambahan google form

Ada beberapa function yang NM nak share supaya anda boleh gunakan dengan sebaiknya

Yang pertama adalah soalan yang WAJIB dijawab. Kalau tak jawab, tak boleh proceed untuk submit atau ke section seterusnya. Untuk aktifkan, lihat pada gambar di bawah, itu adalah button yang anda perlu tekan.

So kalau anda pilih untuk mewajibkan soalan tersebut untuk dijawab, customer perlu untuk isi soalan itu untuk submit atau ke section seterusnya.

Seterusnya adalah function untuk pilihan jawapan akan bawa ke section yang berkaitan. Dalam google form ni anda boleh tambah section section baharu.

Kalau ada lebih dari satu section, anda boleh buat soalan yang bawa ke section lain berdasarkan jawapan yang dipilih oleh customer.

Untuk buat setting tersebut, tekan 3 titik di bawah sebelah kanan, dan pilih dalam kotak merah.

Kemudian anda boleh pilih jawapan yang akan membawa ke section tersebut seperti gambar di bawah.

Last tips untuk posting kali ni adalah berkaitan dengan response database. Segala soalan yang dijawab ini boleh disimpan di spreadsheet iaitu excel versi google.

Untuk setting, anda cuma perlu tekan tab responses dan kemudian tekan logo hijau

Kemudian anda boleh pilih untuk create new spreadsheet. Dan boleh rename title spreadsheet tu ikut pada kemahuan anda. Dah buat, tekan create. Dia akan automatic save file tu di google drive yang anda guna sebagai owner google form ni.

Dah siap semua soalan dan setting, now anda boleh share link kepada customer.

Kalau nak lebih advance, boleh PM tepi. NM boleh kongsi sekadar yang NM tahu. TQ membaca perkongsi NM yang tak seberapa ni.

Leave a Reply