Aiskrim di Bangi Gula Apong Mokti

October 23, 2021 By:

Sebut saja pasal aiskrim, pastinya kita terbayangkan antara brand terkenal seperti buskin robbin, walls, bumblebes by shuib, dan nestle. Antara nama-nama yang tak asing lagi. Kalau dulu pernah juga trending aiskrim Tutti Fruiti yang sekarang tak pasti masih ada ke tidak. Tapi di Bangi, NM terjumpa (sebab time tu tengah tunggu printing siap) satu kedai ni dia jual aiskrim yang berkonsepkan gula Apong.

NM awal awal pun tak tahu apa dia gula apong ni. Ingatkan buat gula sambil main pingpong. Sambil tu NM google lah apa dia. Dan surpisingly ia bukanlah gula melaka seperti yang NM sangkakan. Ia diperbuat daripada cecair yang terhasil dari batang nipah. Malah bentuknya juga dalam keadaan likat dan bukan pepejal.

Definisi Gula Apong

Deskripsi Gula Apong, bukan gula melaka ya
Cara pembuatan gula apong
Pokok nipah

Patutlah rasa dia bukan manis gula, rasa dia macam manis manis air kelapa bila bersama awak. EH!

Aiskrim Mokti’s di Bangi

Berbalik pada kisah kedai aiskrim apong yang NM terjumpa tanpa sengaja ni, masuk kedai, jem kejap nak buat pilihan. Sepertimana pertama kali NM order Starbuck, begitulah perasaannya. Sekarang dah tahu dah, tak java chip, cappuchino. Itu je. Bijak kan.

Tapi NM bernasib baik, di kaunter yang jaga tu agak membantu. Jadi agak mudahlah NM nak buat pesanan. Ni antara menunya.

Dia memang ada banyak jenis aiskrim, dari popsicle, tub(tub ni yang dalam bekas macam aiskrim nestle tu), dan juga yang dalam cup (macam teatime dan bumblebee).

Harga juga pun berbeza bermula dari RM1. Boleh add on topping dan sebagainya.

Review Aiskrim Apong

Aiskrim adalah aiskrim, apa yang biasanya membezakan adalah dari segi combinasi rasa dan juga teksturnya sama ada lembut atau tidak.

Aiskrim Softee

Bagi NM, aiskrim mokti’s ini berjaya menjadikan aiskrim softee tu punyai tekstur yang sangat baik. Tak terlalu keras ataupun lembut sangat sangat. Ia lembut, tapi tak lembut sangat sangat. Beza tu. Boleh bayangkan kelembutan dia ibarat tolak kertas guna jari, berbanding tisu. Macam susah pulak nak explain, apa kata pergi try rasa dulu.

Aiskrim posicle dia dalam bentuk bungkusan plastik lutsinar. Packaging dia boleh katakan stylo mylo jugak lah. Simple tetapi stylo.

Kalau di Bangi anda boleh tekan link google map ni : moktis bangi. Lokasi dia berhadapan dengan JNT Bangi Seksyen 9.

Lokasi lokasi cawangan lain NM tak pasti, kena google map sendiri lah cari ya. Difahamkan kini ada 54 outlet seluruh Malaysia. Tahniah buat Puan Siti Fatimah dan suami.

Laman rasmi Moktis : www.moktis.com

NM setakat hari ni sepanjang PKP dan order 3 kali. Favorite NM adalah pandan Apong. Yang lain lain pun sedap, tapi ini paling top bagi NM

.

Ni NM order utk delivery, fon number : +60 11-6552 1988

Dulu zaman masa NM menetap di Singapura, ada satu jenama aiskrim mesin yang terdapat di 7e di sana, berperisa cendool. Mak aih sedapnya. Antara kenangan zaman kanak kanak yang tak dapat dilupakan. Kalau sekarang aiskrim cendol dah ada di McD, itupun bermusim. Tolonglah buat permanent wahai McD. Sedap tu.

Sebarang cadangan atau penambahbaikan boleh email ke nenasmadudotcom@gmail.com. Nak belanja NM aiskrim pun okay.

Leave a Reply