Pengisian rohani ke dalam jiwa bersama Ustaz Wadi Annuar

October 24, 2021 By:

Ramai tokoh tokoh agamawan yang hebat hebat yang terlahir dari Malaysia. Antara tokoh tersebut yang NM sangat kagumi dari segi ilmu dan penyampaian adalah Ustaz Wadi Annuar(UWA).

Perwatakannya yang tenang dan bersahaja, penyampaian yang lembut dan amat mudah untuk difahami membuatkan NM rasa senang dan aman apabila menonton ceramahnya di Youtube. Belum pernah lagi ditakdirkan untuk bertemu bersemuka.

Sebelum ini pernah terbaca beliau mengalami kemalangan bersama sahabatnya yang lain. Diizinkan Allah beliau kembali pulih dan salam takziah buat keluarga sahabat beliau. Semoga ditempatkan di Syurga Hakiki.

Antara topik utama yang yang sering disentuh adalah Kisah berkaitan Dajjal, juga kisah Hari Akhirat dan Kiamat, serta kisah Syurga dan Neraka, bagi seorang yang tidak punyai ilmu yang tinggi, amat mudah untuk NM hadam dan faham.

Sebelum ini UWA tidak mempunyai sebarang team, kini UWA telah menubuhkan channel sendiri bersama teamnya.

Yang paling terkini, UWA sedang menyampaikan kisah 65 sahabat dari sebuah buku.

Mungkin ada yang belum mengenali, beliau pernah tinggal di Syira selama belasan tahun. Dan telah mengembara di sekitar tanah arab dalam tempoh tersebut. Jadi beliau bukan hanya dengar kisah tentang Nabi Nabi melalui buku, malah sempat juga berkunjung ke tempat tempat bersejarah di sana secara langsung.

Channel Youtube beliau adalah Ustaz Wadi Annuar Official

Disamping itu beliau dan team juga telah mempunyai team untuk maintenance dan keperluan lain, dengan hanya subscription RM5 sebulan. Alhamdulillah NM ada lebihan rezeki sedikit untuk dikongsi bersama team beliau. NM harap ramai lagi yang dapat membantu team beliau walaupun sekecil rm5 ni, NM yakin, amat besar bagi mereka. Bukan nilainya tapi pada moralnya.

Sebarang cadangan atau komen boleh email ke nenasmadudotcom. Untuk sumbangan bagi pembangunan Nenasmadu boleh ke DONATION 4 NENASMADU. Terima kasih!

Leave a Reply