Frenché Roast Tin Coffee|Keluaran Powerroot

November 11, 2021 By:

Datanglah ke mari wahai peminat kopi sedunia. Untuk Entri kali ini NM akan sekali lagi berkongsi tentang perkara yang akan membuatkan para peminat minuman kopi ini menjadi tak keruan (“okay”).

Seperti yang tertulis di tajuk di atas, NM nak ceritakan tentang satu minuman kopi bertin ni di bawah jenama Frenché Roast. Bentuk tin minuman sama seperti minuman kopi tin wonda, nescafe, pokka dan lain lain yang berbentuk panjang.

Dari segi nama dia pun kita boleh agak, niche yang nak ditekankan adalah pada nilai rasa kopi tersebut. Banyak kali NM tekankan kekuatan kopi bagi seorang peminat kopi terletak bukan pada rasanya semata mata, tetapi pada nostalgia yang dicipta darinya.

Boleh baca di entri lepas NM : Wonda Drive Keluaran terbaru

Berbalik pada nama niche pada keluaran power root ni, iaitu “roast”, berbeza dengan kekuatan yang hendak ditonjolkan oleh Wonda yang menekankan bahawa rasanya seperti baru di bru, seperti pulak nescafe dari keluaran nestle yang nak fokus pada rasa unik premiumnya dan sentiasa diolah untuk rasa yang baharu. Masing masing ada niche dia. Tetapi bagi NM, niche di bawah FR ni berbeza sikit.

Pada awalnya NM sendiri teragak agak untuk beli, sebab benda baru ni NM jarang nak cuba. Tapi disebabkan NM teringat akan anda yang minat tentang kopi. NM decide, lets go.

Jadi NM beli dua jenis perisa yang terdapat di Kedai Mesra Petronas.NM beli pada harga RM3 as per 2 tin. Murah lah tu. Harga promosi.

Waktu NM beli ni dia ada 4 jenis perisa yang berbeza. Yang pertama Original, Salted Caramel Latte, French Latte, dan Tiramisu Cappuchino.

1. Original

Yang ni rasa kopi yang biasa, tapi NM suka dengan rasa roasted dia tu. Ngam sangat dengan tekak NM

2. Tiramisu Cappuchino

Walaupun NM peminat tegar capuchino, but sorry to say, ni bukan pilihan utama untuk NM di bawah genre cappuchino.

3. Salted Caramel Latte

Ini percubaan berani sepertimana Wonda mengeluarkan perisa Masala dan ginger. Bagi NM perisa ni suatu yang boleh diperbaiki lagi dari segi kekuatan rasanya. Salted tak berapa nak rasa, caramel juga.

4. French Latte

NM memang jujur tak berapa suka kopi versi latte ni walaupun lebih kurang sama je kopi juga kan. Tapi untuk kopi keluaran French Roast ni, you must try okeyh. Sangat mengasyikkan rasa susu dan kopi dia memang wow factor. Best of 4.

Kalau nak beli kopi Frenche Roast yang tin ni boleh didapati di Petronas dan Petron. Setakat ni NM tak jumpa di kedai Shell.

Tapi kalau nak beli secara online boleh didapati dari link ni

  1. Frenche Roast Milk Coffee 240ml | Shopee : https://shp.ee/a9bmntj
  2. Frenche Roast Premium Blend 3 in 1 Coffee / Indulgence Series | Shopee : https://shp.ee/r9pdtn3 | Lazada : https://c.lazada.com.my/t/c.YihvH4

Leave a Reply