JIBRIL SS15 Subang Jaya kini di Bangi !!! | TOP 3 Butter Chicken Ever

November 14, 2021 By:

Sesetengah orang pastinya mengenali jenama JIBRIL ini yang telah lebih 10 tahun bertapak di Subang Jaya SS15. Antara menu killernya adalah Salted Egg Butter Chicken dia lah. Antara TOP 3 Butter Chicken yang NM boleh recommended seumur hidup NM.

Dulu NM bersama kawan ada buat event di sana sempena Tournament Dota 2 The International. Final match punya event livestream dengan ada hadiah baju dan beberapa gift lain buat penonton.

Lokasi Jibril SS15 terletak di belakang Sangkaya dahulu. Pintunya agak tersembunyi , jika anda tak tahu, anda tak sangka ada sebuah cafe di sebalik pintu. Itu niche yang dibuat. Seumpama Hidden Bar. Itu macam pun boleh jadi tarikan keunikan tau~

So setelah sekian lama, barulah JIBRIL ni nampak cuba expand perniagaannya. NM tahu pun selepas PKP 2.0 di mana telah mula menjajah kawasan Bangi. NM ternampak Ads di Instagram dan Facebook. Betul punya spend marketing. Bagus sangat bagi NM. Kadangkala ujian diberikan memberikan hikmah yang tersembunyi, NM tak perlu lah nak ke Subang Jaya untuk dapatkan Butter Chicken TOP 3 ni.

Cuma buat masa sekarang Jibril di Bangi hanya memberikan servis Delivery atau Take Away sahaja. Jadi belum ada lepak santai dalam cafe ala-ala hipster sepertimana di SS15. Its okay. Yang penting menu tu dah sampai di jelajahan Bangi.

So kalau anda nak dapatkan menu menu terbaik Jibril boleh ke Instagram :

atau boleh Whatsapp : Whatsapp Jibril Bangi

Leave a Reply