Adakah selamat untuk beri atau serah akaun bank nombor kepada orang asing?

November 14, 2021 By:

Ramai yang tanya pada NM adakah selamat untuk beri nombor akaun bank kepada orang lain? lebih lagi pada orang yang tak kenal.

Soalan ini nampak agak macam “apa kau ni tanya soalan macam ni?”, tapi ketahuilah, pada zaman sekarang, terlalu banyak jenayah cyber yang membuatkan kita rasa tak secure. Oleh itu, NM akan terangkan sedikit sebanyak yang NM tahu berdasarkan pengalaman NM. Jika tak betul, tegur NM. Jika betul, sebarkan pada orang lain untuk sama-sama faham.

Jadi berkaitan dengan situasi ada orang mintak nombor akaun dari anda.Pertama sekali NM sarankan untuk dapatkan kepastian untuk tujuan apa individu tersebut nak nombor akaun anda. Itu penting walaupun mungkin dia akan menipu.

Bagi NM kalau tujuannya langsung tidak masuk akal, lebih baik abaikan terus, dan biarkan ia tamat di situ.

Tetapi kalau ia berkaitan dengan individu tersebut nak masukkan duit ke dalam akaun anda. PUN HATI-HATI. Kadangkala ada scammer yang menggunakan akaun tumpang. Di mana apabila ada duit dimasukkan ke akaun anda, beliau akan meminta untuk refund semula kononnya tersilap masuk akaun. Sedangkan akaun anda sedang digunakan oleh scammer terbabit sebagai akaun tumpang.

Yang ke Tiga, jika anda risau duit dari dalam akaun anda akan dikebas oleh individu terbabit, ketahuilah, dengan nombor akaun bank semata-mata tidak akan membolehkan seseorang untuk mengeluarkan duit dalam akaun bank anda sewenang-wenangnya. Ia memerlukan TAC untuk transaksi secara online, ataupun Kad Bank serta PIN jika melalui ATM.

Kalau kad bank anda hilang boleh baca di artikel ni : Mohon Kad Bank Hilang.

Nasihat NM mudah sahaja, kalau anda tak kenal individu yang inginkan nombor akaun anda atau anda tidak menjalankan apa-apa bisnes, NM sarankan untuk tidak beri nombor akaun bank kepada orang lain. Tak ada keperluan dan memberi peluang untuk jadikan akaun bank anda dieksploitasi.

Itu sahaja pendapat dari NM berkenaan dengan soalan ini. Stay safe guys.

Leave a Reply