JUMP START KERETA BATERI KONG | PENING KEPALA KALAU TAK TAHU BUAT DENGAN BETUL

November 28, 2021 By:

So idea untuk buat entri kali ini adalah terhasil dari masalah yang dihadapi oleh NM. Kereta Saga NM dah lama tak panas enjin, dan kemungkinan ada lampu lupa tutup. Jadi kong lah bateri tu. Pening kepala nak setelkan masalah bateri ni sebab perlu jump kereta yang memerlukan bantuan dari kereta lain (Penderma). Kalau tak tahu cara nak buat memang pening ok. Jadi NM akan kongsi sedikit sebanyak cara untuk jump start kereta dengan mudah dan betul.

Sebelum tu suka untuk NM ingatkan tentang peralatan kecemasan yang penting yang perlu ada di dalam sesebuah kenderaan iaitu peralatan jumper. Selain dari peralatan jumpe, First Aid dan juga peralatan tukar tayar juga antara peralatan yang WAJIB ada di dalam kenderaan anda.Sebab benda ini sangat-sangat membantu dan amat penting apabila berlaku kecemasan. Kalau belum ada boleh usha-usha link di bawah :

  1. Peralatan untuk Jumper
    [Electrox Powerbank Jumpstarter Rechargeable Battery Portable Car Jumper Kereta Jump Start Emergency LED 10000MAH] : https://shp.ee/j92iaxt
    fungsi : lebih kepada powerbank yang ada fungsi untuk jump start sesebuah kereta. Ini bagus kalau anda tersadai di kawasn tak ada bantuan kenderaan lain. NM prefer ni kalau bimbang kawasan tu agak terpencil ataupun waktu malam yang tak ada orang lain yang boleh datang membantu.

    Atau kalau tak boleh beli cable yang manual seperti di bawah yang memerlukan bantuan dari penderma lain.
    4M 2000AMP Jumper Cable Emergency Power Start Cable Booster Heavy Duty Car Battery Jumper Booster Line Copper Wire : https://shp.ee/zywn3ht
  2. Peralatan First Aid
    Medium First Aid Kit : https://shp.ee/e8retzb
    fungsi kecemasan : Boleh bantu rawatan kepada luka atau patah.
  3. Jack kereta hyrdraulic dan Car Wrench
    Ini antara perkara yang PALING PENTING di dalam sesebuah kereta bagi aspek kecemasan. Tayar kereta memang seringkali berlaku permasalahan seperti bocor atau pancit. NM amat sarankan untuk ada peralatan ini di dalam kereta. NM saran peralatan paling mudah untuk anda gunakan yang NM rasa paling mesra penggunaan.
    Car Jack 2 TON Hydraulic (paling mudah dan murah) : https://shp.ee/hg2k4zb
    Car Jack 1 TON (agak renyah dah memerlukan tenaga lebih) : https://shp.ee/gd889vb

    Car Wrench Manual [53pcs Ratchet Box Socket]: https://shp.ee/n8xkjqb
    Car Wrench Auto (Preferred) : https://shp.ee/k95v8ib

Jadi berbalik kepada kaedah Jump start yang betul tadi. Sebelum NM kongsi kaedah turutan yang perlu dilakukan, NM akan perkenalkan dulu anatomi bateri yang biasa terdapat di dalam kenderaan anda.

Ini adalah bentuk bateri yang terdapat di pasaran. Kalau anda lihat di bahagian atas nampak ada dua warna kepala iaitu merah dan hitam. Merah merupakan positif dan hitam merupakan negatif. Untuk lebih kepastian, di badan bateri di kawasan kepala nya akan terdapat tanda sama ada + atau -. Itu boleh dijadikan panduan lebih.

Bateri juga datang dalam pelbagai saiz. Ini pun ada perlu alert. Bateri besar biasanya untuk kompenen kereta yang besar. Pastikan bateri anda sesuai mengikut kenderaan masing-masing. Di positng ini NM tak share tentang size bateri mengikut kenderaan ni. Anda mungkin boleh refer lebih lanjut pada : https://www.funtasticko.net/info-kenali-bateri-kereta-anda/

Cable juga akan datang dengan dua warna yang sama seperti kepala bateri di atas iaitu merah dan hitam.

Cara jump Start kereta :

Ini adalah kaedah turutan yang disarankan bagi melakukan jump start untuk sesebuah kereta.

  1. Dapatkan kedudukan bateri anda dan penderma. Setiap kenderaan berada di tempat berbeza. Contoh X50 dan X70 baterinya duduk di bahagian bawah seat. Semak manual kenderaan masing-masing.
  2. Cable Jumper berwarna merah perlu pasang pada bateri si penderma terlebih dahulu di kepala warna merah (positif). Kemudian sambungkan ke kepala si penerima.
  3. Selepas itu lekatkan cable hitam kepada kepala hitam si penderma, dan pasangkan di mana-mana bahagian badan besi kereta penerima. Ini dikatakan dapat mengelakkan dari berlaku short pada sistem canggih kereta anda.
  4. Biarkan seketika dalam 5-10minit (kadangkala sertamerta boleh hidup).
  5. Kemudian cuba on kan enjin si penerima pula (enjin penderma tak perlu off dari awal).
  6. Kalau berjaya, ucap alhamdulillah.
  7. Biarkan seketika, dan bawa kenderaan anda pusing sebentar bagi memastikan alternator dapat caj bateri anda untuk kegunaan seterusnya.

Jadi itu lah cara kaedah yang paling sesuai untuk jump sesebuah kereta. Untuk lebih mendalam, anda boleh tonton video Abang Gan dari PanduLaju di Youtube ini.

Sebarang komen atau penambahbaikan boleh email kepada nenasmadudotcom@gmail.com. Dan sebarang sumbangan kepada server NM boleh click : https://www.billplz.com/aegqaaej7

Leave a Reply