NM dah jadi affiliate shopee untuk tambah pendapatan sampingan Nenasmadu

December 4, 2021 By:

Alhamdulillah, setelah sekian lama NM cuba untuk menjadi affiliate bagi Shopee akhirnya berjaya.

NM mula apply sejak dari tahun lepas, tetapi kriteria tidak mencukupi. Sehinggalah NM berjaya mendaftar sebagai affiliate rasmi.

Ada je platform lain yang offer untuk jadi affiliate, antarana involveasia dan accesstrade. Tapi dua-dua ni bukan official dari shopee.

Jadi NM cari yang direct under shopee lah.

NM pergi lah ke affiliate.shopee.com.my untuk register/apply. Kalau anda search “affiliate shopee”, biasanya tak akan keluar lah website ni. Tak tahu kenapa maybe pihak shopee nak limitkam penyertaan kot.

Affiliate shopee daftar nenasmadu

Bila kat dalam tu kena NM masukkan butiran-butiran berkaitan dengan medium dan maklumat diri anda.

Kalau anda guna akaun personal, pembayaran akan dilakukan ke akaun shopeepay. Tapi kalau akaun syarikat, pembayaran akan ke akaun syarikatlah.

Lepas dah submit dalam 5 hari waktu berkerja hari tu terus NM dapat email yang NM “GAGAL” disebabkan belum pernah menjalani latihan kursus affiliate shopee.

Dalam email tu NM terima tarikh untuk join class secara online. Kalau boleh pick cepat cepat sebab slot limited.

Kelas online tu lebih kurang sejam setengah. Anda boleh tanya pelbagai soalan yang ada di benak fikiran anda pada presentor shopee tu.

Lepas dah habis kursus tu anda kena isi form yang diterima melalui email dan tunggu.

Dalam 3 hari lepas tu NM diterima menjadi affiliate bagi shopee. Itu yang kalau tengok iklan shopee di page NM banyak. Untuk membantu page ni terus lebih bersemangat berkongsi info dan maklumat yang pada NM berguna pada masyarakat.

Email berjaya register sebagai affiliate

Kalau bermurah hati boleh bantu tekan iklan shopee kat page NM ni ya. TQ!

Sebarang penambahbaikan atau komen untuk nenasmadu ini boleh emailkan ke nenasmadudotcom@gmail.com.

One Reply to “NM dah jadi affiliate shopee untuk tambah pendapatan sampingan Nenasmadu”

Leave a Reply