Panduan Solat Jenazah Ghaib

December 15, 2021 By:

Buat mereka yang belum tahu, solat jenazah juga boleh dilakukan dari jarak jauh. Ia dinamakan sebagai solat jenazah ghaib. Bagaimanakah cara untuk solat jenazah ghaib boleh baca seterusnya.

Solat jenazah ghaib seringkali berlaku dikala keadaan COvid 19 yang tidak membenarkan berkumpul di masjid atau rumah untuk menunaikan solat jenazah secara fizikal seperti waktu dahulu.

Jadi NM tergerak hati untuk cuba berkongsi sedikit sebanyak penerangan cara solat jenazah ghaib dengan ringkas supaya kita dapat sama-sama melakukan solat sunat jenazah yang banyak memberi manafaat kepada diri dan juga kepada arwah.

Sepertimana solat jenazah biasa, tiada rukun rukuk atau sujud akan dilakukan. Ia hanya dilengkapi dengan takbir dan salam pada penutupnya. Keadaan solat ini akan sentiasa dalam kedudukan berdiri. Perbezaan antara solat sunah jenazah biasa(Hadir) dan solat sunat jenazah ghaib hanyalah pada niat kerana mayat tiada di hadapan jemaah.

Perbezaan Niat antara solat sunat jenazah ghaib dan solat sunat jenazah hadir

Berikut adalah tertib bagi solat sunat jenazah ghaib.

  1. Berdiri tegak dan membaca niat.
  2. Membaca surah al-fatihah.
  3. Angkat takbir kedua dan baca selawat (Allahumma salli ala muhammad waala ali muhammad)
  4. Angkat takbir ketiga, diikuti doa buat si mati (Bacaan seperti di bawah).

Untuk Lelaki dalam bacaan rumi : Allahummagh Firghlahu Warhamhu Wa’afihi Waghfu ‘anhu.

Untuk Perempuan bacaan rumi : Allahummaghfirlaha Warhamha, Wa’afiha Waghfua ‘Anha.

5. Angkat takbir ke empat dan baca doa umum berikut :

  “Allahumma Laa TahrimNa Ajrohu WaLaa Taf TinNaa Ba’Dahu Wagh firlanaa Walahu” 

Maksudnya: 

Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.

6. Beri salam seperti biasa (masih dalam kedudukan berdiri).

Maka selesailah sudah solat jenazah ghaib tersebut. Jadi kalau nak tahu bezanya hanyalah terletak pada niat. Lain-lain sama seperti biasa.

Semoga dengan melakukan ibadah sunat ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dengan senantiasa mengingati tarikh ajal kita semakin lama semakin mendekat, dan ia tidak sesekali menjauh.

Leave a Reply