SISTEM RFID (TOL) NI BAGUS ATAU TIDAK | APA KELEBIHANNYA

December 21, 2021 By:

NM terbaca ada satu artikel menyatakan smart tag dan touch n go akan ditamatkan di tol PLUS secara berperingkat. Kemudian ia akan digantikan dengan teknologi RFID untuk digunakan di kebanyakan tol tol selepas ini. Apa pandangan NM ? Lets go.

Apa itu RFID?

RFID stand for Radio-Frequency Identification di mana ia merupakan teknologi menempatkan digital data ke dalam bentuk RFID tag atau smart label yang berfungsi berkomunikasi melalui gelombang radio. Boleh search di google macam mana rupa RFID ni. Dia hanyalah sebentuk sticker tag pelekat yang dalam bentuk Gred ETC. Tag pelekat inilah yang akan berkomunikasi dengan sistem pengesan (aktif) di Plaza TOL yang ada di highway-highway tersebut walaupun pada kelajuan tinggi. Canggih.

Stylo kan bila tampal di vios putih kesayangan NM

ini lah bentuk sticker : sumber : paultan.org

Pihak plus tamatkan perkhidmatan Smart Tag dan Touch N Go?

Usah khuatir, pengumuman tentang pengenalan RFID di tol-tol PLUS bukanlah bermakna sistem Smart Tag dan Touch N Go ditamatkan secara terus. Walaubagaimanapun dimaklumkan bahawa pihak PLUS akan menamatkan sistem tersebut secara berperingkat bermula dari KELAS 1 kenderaan ringan.

berita rujukan : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/12/899669/plus-laksana-transaksi-tol-rfid-mulai-januari-2022

Bagi NM walaupun tak batalkan terus lagi, why not bersedia awal untuk dapatkan RFID ni kan.

Sebelum ni RFID diberi secara percuma, tetapi kini telah dikenakan caj. Nak tak nak kena lah laburkan sikit duit.

APA KELEBIHAN RFID NI (paling simple NM cuba)

  1. Sistem aplikasi eWallet (apps)
    Anda dah tidak perlu lagi untuk topup touch n go anda dengan turun dari kenderaan atau berlakunya sentuhan fizikal. Segala pembayaran boleh berlaku secara atas talian. Dan apabila anda melalui tol, tolakan caj akan berlaku di ewallet anda secara terus.
  2. Masalah kebiasaan Smart Tag dapat dielakkan
    Fungsi RFID hampir sama dengan Smart Tag, walaubagaimanapun perbezaan zahirnya adalah dari segi fungsi aktif yang terdapat pada smart tag, tetapi tidak di RFID. Smart tag merupakan alatan yang memerlukan kuasa bateri untuk dipancarkan gelombang ke pengesan plaza tol. Kadangkala berlaku masalah bateri kong atau smart tag itu tidak berfungsi, ia bakal menyusahkan anda. Tak pasal-pasal berlaku jem kerana anda perlu tag secara manual. RFID tidak memerlukan bateri, risiko untuk sangktu di tol dapat dikurangkan melainkan sistem pengesan RFID di tol itu yang tidak berfungsi atau rosak
  3. Potensi untuk digunakan pada masa akan datang di Drive thru
    Buat pengguna drive thru, kemungkinan di masa akan datang, sistem RFID ini akan diperhalusi lagi bagi mempermudahkan lagi pengguna untuk membuat pembayaran. Anda dah tak perlu lagi untuk turunkan tingkap untuk melakukan pembayaran secara tunai atau paywave. Harapnya lah.

NM, BOLEH KE NAK BUAT PEMBELIAN RFID SECARA ONLINE ???

Yang belum tahu, RFID boleh didapati dengan dengan mudah secara online. NM akan kongsi cara dan link access untuk dapatkan RFID secara online.

  1. APPS TOUCH N GO

Kalau belum ada apps touch n go di peranti anda, anda boleh download di bawah :

SCAN QR CODE TO DIRECT TNG
GooglePlay : TNG
ApplePlay : TNG
AppGallery : TNG

2. BELI DI SHOPEE ATAU LAZADA (TOUCH N GO)

Shopee : Touch ‘n Go Self-fitment (DIY) RFID Tag

LAZADA : Touch ‘n Go Self-Fitment (DIY) RFID Tag Sticker RFID LOWEST PRICE GUARANTEE + Free 1pcs Windshield Tablet

Untuk itu, marilah kita sama-sama menikmati kemajuan teknologi (RFID ni sebenarnya dah lama digunakan di lain-lain industri terutama perkilangan) yang kian membangun. Tak salah kita dapatkan mudahkan benda yang remeh dengan teknologi. Cuma jangan kita lupa, secanggih canggih teknologi manusia pada masa kini, belum ada lagi bangunan setinggi 10 kaki yang di bina oleh Firaun. Itu jam kalau ada orang mengaku tuhan jangan pula terkejut. Sejarah telah membuktikan. Jadi susah biarkan sejarah itu mungkin berulang. Oh! itu lagu.

Pesanan untuk operator pula : kalau sistem anda belum cukup matang, tak payah gopoh gopoh nak implement secara wajib, kena maki dengan netizen je nanti. Out!

One Reply to “SISTEM RFID (TOL) NI BAGUS ATAU TIDAK | APA KELEBIHANNYA”

Leave a Reply