Tips memilih water jet buat sukarelawan/mangsa banjir.

January 1, 2022 By:

Musim banjir seperti ini masih belum reda. Sebelum ini musibah banjir telah menimpa mereka yang berada di Negeri Selangor. Walaupun banjir sudah mulai surut, tetapi situasi yang lebih penting adalah pasca banjir dimana ia memerlukan masa yang agak lama untuk kembali pulih.

Sekitar kes banjir yang melanda di Negeri Selangor dan Pahang sebelum ini, telah membuka mata pelbagai pihak. Malah terviral seorang pemuda dari Melaka yang dikenali sebagai Abang Viva. Masyarakat dilihat bertindak lebih pantas dan progresif berbanding kerajaan. Itu sesuatu perkara yang perlu dititikberat dengan serius. Rakyat menilai.

Untuk kali ini, NM akan kongsikan sedikit tips untuk memilih jenama brand WaterJet yang merupakan alatan yang agak penting dalam proses pasca banjir ini dari sebuah Group Facebook bernama Tukang Apa Hari ini. Berikut adalah tips beliau yang NM akan kongsikan.

Tips Pilih Waterjet oleh Ben Safwan dalam group Facebook Tukang Apa hari ini.

Kalau anda nak pilih beli waterjet untuk cuci rumah banjir,JANGAN BELI YANG JENIS NO 3/4 . TAPI PILIH JENIS NO 1 n 2 ( bahagian atas yang brand Bossman n Molago ) . Brand banyak pilihan.Ini sekadar contohSebab kedua jenis ini no 1 dan no 2 guna induction motor. Lebih tahan dan boleh guna lama up to 2 jam non stop bergantung pada tekanan air tempt anda. So masalah panas,mati tiba-tiba kurang berlaku KALAU AIR PAIP DI RUMAH ANDA NORMAL
Ingat. Pilih jenis induction motor kalau nak guna lama TERUTAMA NAK BERSIHKAN RUMAH BANJIR. NAK PAKAI 1-2 JAM TANPA HENTI.

Kalau sekadar nak guna sekejap-sekejap dan nak lebih senyap,pilih no 3-4 ( yang brand Daewoo/Black Decker ). KALAU NAK GUNA BERSIH BANJIR PUN BOLEH TAPI KENA RUN STOP RUN STOP. JANGAN PUSH NON STOP.

Dan untuk dapatkan kelajuan air yang laju/bertekanan tinggi,cari yang boleh keluarkan air sehingga 130-160 bar pressure.
Air lebih laju /lebih bertekenan tinggi yang keluar dari hose waterjet = mudah bersihkan selut lumpur tebal.
Contoh waterjet spec 100 bar rm 250 vs waterjet spec 140 bar baru rm 300 = lebih berbaloi beli spec 140 sebab air lebih laju keluar.

Tapi jangan dekat pada permukaan cat/dinding. Nanti terkopak cat anda.

Bab bunyi sedikit bising takde masalah sebab anda nak bersihkan rumah kena banjir .

Harga 200-500 dah banyak pilihan. Jenama ke apa anda boleh tentukan ikut bajet. Yang penting jenis waterjet untuk kesesuaian aktiviti kerja .

Tekanan air di rumah anda turut memainkan peranan ya.
Shopee : https://shp.ee/fr9i7zz

Tips ini dikongsikan oleh insan bernama Ben Safwan pada POSTING INI : Tips Pilih Waterjet

Leave a Reply