Yong tau foo Taiping dah ada di Kajang

January 16, 2022 By:

Sebelum ni NM ada buat posting pasal Yong Tau Foo Taiping Belakang bomba di : https://nenasmadu.com/2020/07/24/yong-tau-foo-taiping-belakang-balai-bomba-sedap-nauzubillah/

Berita baik untuk peminat yong tau foo sejenis macam yong tau fok taiping belakang balai bomba ni boleh teruskan bacaan.

Perbezaan YTF Taiping dia bagi NM terletak pada rasa dan kepekatan kuah dia. Selain dari kangkung dia yang disekalikan dengan taburan kacang kacang, memang pergi dia punya onz.

NM termengidam(rosak bahasa) pulak yong tau foo taiping ni bulan. Jadi NM search around kot lah ada courier atau delivery ori dari sana kan.

Search punya search, NM jumpa lah ada posting di facebook claim pasal ada jual yong tau taiping di Kajang.

Cerita tadi ni kes bulan lepas, NM jumpa Yong Tau Foo Taiping ni di ShopeeFood. Terus NM order untuk pakej family. Bila sampai sahaja dengan teruja NM melantak tanpa belas kasihan.

Pendapat NM tentang YTF di Kajang ni, yes, elemen Yong Tau Foo Taiping tu memang ada. Walaubagaimanapun, feel dia macam kurang, cuma dari segi bentuk dan rasa dia memang dah ada. Firasat NM barangkali rasa feel makan di gerai tu sendiri tak sama kalau beli secara bungkus.

Dan baru baru ni NM nak cuba hipotesis NM dengan pergi ke Lotus Kajang, dalam food court terletaknya gerai tersebut. Jadi NM pilih sendiri bahan-bahan makanan untuk dimasukkan terutama sotong, total dalam RM32 untuk 4 orang makan.

Syok oo, tapi macam NM kata, feel dia tak sama, walau cukup sekadar melepaskan rindu.

Itu lah dia perkongsian NM tentang yong tau foo taiping yang kini boleh didapati di Kajang.

Di Bangi sekarang pun dah banyak ada merata-rata, jadi dah tak susah nak dapatkan yong tau foo ala-ala Taiping ni dah.

Cuma yang NM pergi adalah di Lotus Kajang.

Lokasi : googlemap/lotuskajang

Boleh juga untuk beli di shopeefood buat mereka yang malas nak keluar dan berada di area berdekatan.

Leave a Reply