The Shore Hotel & Residences – Percutian di Melaka

January 17, 2022 By:

Dikala sibuk dengan urusan kerja, NM berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan bercuti di Melaka selama 3 hari 2 malam. Percutian “Last Minit”, tempah sehari sebelum memang boleh dikategorikan sebagai percutian terkejut.

NM membuat tempahan di Booking.com, search around hotel-hotel yang masih available dan bersesuaian dengan harga, NM akhirnya tempah hotel yang dinamakan The shore Hotel & Residence. Nama dia THE SHORE, tapi bukan lah betul-betul di Shore pun. Berada di pertengahan bandar lebih kurang 4 hingga 5 Kilometer jarak dari pantai.

Bangunannya kelihatan masih baharu, berhampiran dengan Uitm Bandar Melaka. Ia merupakan gabungan shopping compleks dan satu lagi hotel Swiss Garden. Jangan tersalah pergi ke receiptionist dia pula ya. Sebab NM tersilap haritu, tebal muka je lah dah nak buat macam mana, nama hotel pun tak letak dalam otak sebab memang last minit.

Harga untuk 2 malam adalah RM 377 bertaraf 4 bintang tidak termasuk breakfast. Kalau nak breakfast boleh walk-in sahaja. Harga caj breakfast lain dan bayaran di kaunter pada pagi tersebut. NM tak terasa nak makan breakfast di Hotel masa ni, jadi NM tak boleh review tentang makanan hotel. So sad.

Hotel ini punyai 43 Tingkat, parking dari tingkat 2 hingga 7. Cuma tingkat 3A dan 3B hanya untuk parking kepada pemilik. Jadi NM selalu parking di tingkat 4.

Isu paling NM paling tak suka ada lah lif nak ke tempat kediaman. Jika parking di tingkat 4, hanya terdapat 1 Lif yang berfungsi untuk naik sehingga ke tingkat 43. NM pula dapat bilik hotel pada tingkat 28, jadi ia cukup tinggi untuk menikmati pemandangan Selat Melaka. Boleh nampak dari hotel ya Selat Melaka, itu cukup menarik disamping bangunan-bangunan tinggi tidak terlalu padat bagi membolehkan pemandangan itu sangat menarik.

Keadaan bilik cukup luas, ada satu katil saiz queen dan satu katil single bed. TV nya hanya terdapat siaran digital. Environment bilik pun sangat best. Cuma tandasnya menggunakan glass tempered yang boleh tembus dalam. Walaupun nampak samar-samar still bagi NM tak sesuai kalau bawa family yang sudah baligh bersama satu bilik atau kawan-kawan, terus terang agak tidak sesuai sebab ia still boleh menampakkan susuk tubuh anda.

Sistem pintu seperti kebanyakan hotel lain, menggunakan kunci kad. 2 Kad akan diberikan kepada anda dan terdapat password WIFI. Masalahnya password sahaja yang ada, wifi nya tak sampai ya bos, mungkin hanya kegunaan di lobi. Tapi apakehe kalau duduk kat Lobi je ada WIFI. Walaubagaimanapun NM peduli apa, ada mobile data gunakan lah dari membazir bayar bulan-bulan.

Lain-lain macam standard hotel, ada complementary coffee 3 in 1 nescafe 2 packs dan juga sabun/shampoo. Bau shampoo dia best juga. Dalam almari pun ada Safe Box, cuma NM tak tahu kombinasi nombor untuk unlock. Tak guna jadi NM malas nak bother sangat. Mungkin nanti anda boleh tanya pada kaunter kalau nak guna safetybox tu terlebih dahulu.

Swimming pool dia pun agak besar, cuma NM tengok dari atas je lah, tak ada mood nak turun mandi di swimming pool, ramai sangat rasa risau pulak musim-musim sekarang ni, SOP kena jaga ma. Ghisau.

Recommend ke tak recommend?

Untuk yang belum pernah booking sini, NM recommend untuk duduk kat sini. Tapi untuk NM, lepas ni NM akan try tempat lain pula, bukan tak best, tapi biasalah nak rasa banyak tempat. Yang penting hotel ni tak seram dan suram. Agak ramai orang jadi tak berapa sunyi.

Dari segi harga, NM rasa okaylah harga tu untuk keluasan bilik yang agak selesa dan juga bilik air dia pun luas, boleh kuak lentang kat dalam tu. Heat shower dia pun best air kuat pula tu.

Dari segi layanan customer servis di receptionist pun selesa berurusan. Nak chekcout pun hanya drop sahaja kunci di dalam box di GF depan kaunter tersebut nanti.

Makanan pula NM tak boleh komen, sebab tak rasa, jadi siapa-siapa yang dah pernah try boleh drop your comment.

2 Replies to “The Shore Hotel & Residences – Percutian di Melaka”

  1. Anis says:

    Kak saya nak tanya, the shore hotel dgn the shore oceanarium ni dalam satu bangunan ke? Kalau tak, jauh tak nak jalan kaki?

    1. Dia dalam satu bangunan. Tak jauh. Dalam tu pun ada shopping mall boleh sambil sambil

Leave a Reply