Buat majlis atau event di Menara Arina Uniti di KL, Kampung Baru

January 22, 2022 By:

Mesti ada sesetengah dari kita yang mengimpikan untuk membuat event di tingkat paling atas sesebuah bangunan. Lebih lagi kalau dapat buat di Kuala Lumpur, memang menarik dan menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Lengkap pula dengan makanan yang sedap sedap.

Kalau kena dengan semua kriteria di atas, NM suggest untuk anda cuba pergi try tengok dulu satu tempat event di Menara Arina KL Kampung Baru milik Uniti Asia Group pada ketinggian tingkat 20.

Dikendalikan oleh D’ Arina Skyview sejak tahun 2016 lagi, tak dapat dinafikan tempat ini sangat sesuai dan harga pun berpatutan. Tak melampau walaupun berada di daerah Wilayah Lombong bijih Timah satu ketika dahulu.

Keluasan yang selesa dapat menempatkan sehingga 200 orang dalam satu satu masa menjadikan ruang event ini sebagai suatu tempat yang boleh dijadikan pilihan bagi event kerkapasiti sederhana.

Lifnya pun laju dan diselenggara dengan baik. Malah ruang parking pun ada di sekitar sekeliling bawah bangunan jika dalam bangunan telah penuh. Antaranya adalah parking di Medan Selera Makan Kampung baru. Situ kalau tengah hari lunch nasi ayam dia pun lazat.

Buat pelanggan yang datang dari jauh, usah risau, di tingkat 10-19 terdapat perkhidmatan SOHO dan Homestay. Jadi anda boleh jadikan tempat rehat sekiranya malas nak balik atau perlu untuk datang awal. Harga pun sangat murah dengan ruang yang besar dan selesa. Malah tiap homestay berbeza layout mengikut citarasa anda.

Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut boleh ke facebook D arina Skyview : https://www.facebook.com/arinaskyview/

Ni adalah beberapa scenic gallery yang boleh dijadikan tatapan. Memang menarik.

Leave a Reply