Mulakan Blog pada tahun 2022, adakah berbaloi?

January 23, 2022 By:

Belajar untuk mulakan sesuatu blog dalam tempoh kurang dari satu Jam. Menjadi blogger pada hari ini dengan mengikuti panduan yang telah NM buat apabila mulakan blog nenasmadu.com ni. Bermula pada tahun 2019, NM hanya suka-suka untuk buat blog kerana NM berniat untuk berkongsi manfaat dan info yang berguna agar dapat digunakan oleh semua orang.

5 Langkah mudah untuk buat blog :

  1. Pemilihan nama dan juga hosting bagi blog anda.
  2. Belajar untuk mulakan dengan WordPress.
  3. Pilih tema yang anda rasa sesuai dan kena dengan objektif anda.
  4. Letak DUA pluggin yang boleh dapat track pembaca dan stas blog anda.
  5. Tulis konten yang menarik yang anda rasa pembaca akan terus berminat untuk membaca.

Dikala di luar sana terdapat beberapa plaftorm lain yang membolehkan anda berblogging seperti Blogger.com dan juga Tumblr.com, namun hampir semua blogger yang serius dalam bidang ini pasti akan memilih self-hosted Wordress site kerana ia lebih mudah untuk anda berkarya dan juga fleksibility yang terdapat pada WordPress yang tidak boleh didapati pada platform lain.

STEP 1 : PILIH NAMA DOMAIN ANDA DAN HOSTING

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pergi ke Bluehost dan register domain, ia adalah free dengan hosting. Nanti NM akan terangkan apa tu hosting, sekarang kita setelkan masalah nama domain terlebih dahulu.

Nama domain ni sangat penting, ia ibarat macam anda nak letak nama kedai anda sebagai apa. Objektif kadang-kadang untuk memperlihatkan apa anda berniaga melalui nama anda. Ada juga yang tak ada kaitan langsung, hanya bertujuan nama yang catchy dan mudah lekat di otak pembaca. Contoh macam siakapkeli, last-last bukan dia jual ikan pun.

Masih buntu tak tahu nak pilih nama apa ? okaylah, NM suggest untuk anda pergi ke Wordoid, kat sana anda akan dibantu dengan beberapa pilihan untuk anda putuskan.

Set up blog hosting

Bila anda dah decide nama untuk “perniagaan” anda, anda perlu pilih pula hosting untuk blog anda. Pelbagai pilihan terdapat di luar sana juga untuk hosting ni, tapi NM suggest untuk anda pilih Bluehost berbanding WordPress. WordPress adalah free, tetapi ada juga berbayar bagi advance user. Hosting ni pula diibaratkan seperti premis kedai, cuma ia berbentuk dalam server.

Analogi nya, Domain = Nama kedai, dan Hosting = Premis Kedai.

Antara sebab utama Bluehost adalah pilihan yang baik :

  • Customer Service Terbaik. Bluehost’s customer service berpaksi di US 100%. Respond time juga agak pantas dilayan sekiranya ada berlaku masalah. Malah bantuan yang diberikan menyeluruh sehingga anda boleh selesaikan isu terbabit. Pemilihan hosting dengan custoemr service yang bagus adalah PENTING disebabkan server akan sentiasa berrisiko untuk mengalami masalah.
  • Harga Berbaloi. Nenasmadu.com adalah Bluehost affiliate partner, disamping menggunakan blueshost sebagai hosting, anda juga boleh refer kepada rakan-rakan yang nak mulakan blog dan anda akan terima komisen dari bluehost. Walaubagaimanapun, affiliate ini bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan, tetapi harganya yang sangat murah dan terbaik dalam pilihan yang terdapat di pasaran. Pada tahun pertama, caj dikenakan cuma $2.75 sebulan atau lebih kurang dalam RM 10 je sebulan (50% discount).
  • Domain percuma. Apabila anda sign up dengan Blueshost, anda juga akan terima satu domain secara percuma. Jadi anda tak perlu bayar untuk domain. Tapi kalau anda dah terbeli domain dari mana-mana servis provider, jangan risau, anda masih boleh gunakan di hosting bluehost (cuma ada step perlu dilakukan)
  • Money-Back Guarantee. Ini buat anda yang rasa macam tak konfiden. Rasa macam ragu-ragu, bluehost ada offer 30 HARI MONEY BACK GUARANTEE. Senang kata kalau ada benda anda tak puas hati dalam masa tempoh 30 hari, anda boleh minta refund, tak cakap banyak. So anda puash hati, bluehost pun puas hati. Win-win. Memang nak kasik servis terbaik lah Bluehost ni.
  • Reliability. Fasiliti yang dimiliki oleh Bluehost adalah tahap paling WORLD orang kata. Internationale bak kata jozan. Mereka mempunyai 20,000-square feet datacenter dengan kelengkapan generator yang mampu bekalkan kepada sebuah bandar. Mantap pak abu/
  • Friends & Family. Ramai rakan blogger dan juga sedara mara NM yang gunakan Bluehost. Malah lecturer NM pun pakai blueshost sebagai hosting mereka.

Jadi kalau dah tak sabar nak mula untuk berblogging, pergi ke Bluehost dan tekan Get Started Now. Selalu dengar orang kata “fast action, fast result”. Lambat mula, lambat dapat. Man Jadda Wa Jadda.

Kemudian anda pilih pakej yang bersesuai dengan bajet.

Boleh lihat tu harga hanya bermula $3 hingga 6% sebulan bergantung pada pakej yang anda pilih. Kalau basic tu sesuai untuk single blog sahaja. Tapi kalau nak banyak, NM suggest untuk ambil sekurang-kurangnya yang ‘PLUS’. Itu lebih banyak kelebihan, beza pun dalam RM 9 je sebulan.

Note: Disebabkan link ini dari NM yang merupakan Affiliate bagi Bluehost, harga cuma $2.75 a month untuk tahun pertama. Banyak tu diskaun.

Kalau anda belum ada nama domain anda sendiri. Boleh letak nama domain pilihan anda dalam kotak kosong dan tekan Next.

Kalau dah ada, letak je di kotak belah kanan. Dan kemudian tekan Next.

Dan lepas tu, anda perlu buat Account Blogging anda (google account).

Kalau anda nak guna account google anda, tekan je “Sign in With Google”. Cuma NM suggest kalau nak buat akaun blogging, asingkan dari akaun personal anda. Buat satu akaun khas untuk blogging. Ia banyak kelebihan pada masa akan datang. Trust me.

STEP 2 : INSTALL KE DALAM WORDPRESS

Langkah kali ini NM akan guide untuk install ke dalam wordpress, ia adala percuma. HaJangan risau ia mudah kerana segalanya akan dilakukan oleh Bluehost. Anda cuma perlu lakukan langkah seperti di bawah ini sahaja.

Anda perlu login di Bluehost, masukkan password anda.

Nanti untuk pertama kali dia akan guide untuk installed wordpress. Untuk pemilihan Theme, kalau rasa belum nak tahu, skip je terus. Tak perlu untuk pilih lagi. Cuma NM ada cadangan kalau nak custom theme yang dih siap cantik tinggal nak pakai je, anda perlu keluar sedikit modal. Dalam RM500 kos dia.

STEP 3 : PILIH THEME YANG MENGGAMBARKAN BLOG ANDA

Thme yang disediakan ini adalah untuk mengelakkan mereka yang beginner atau amteur yatentang coding untuk mulakan sesuatu blog tanpa ada masalah. Oleh itu pemilihan theme yang terbaik dapat menggambarkan blog anda yang sebenar jadi mudah untuk pembaca faham dan tertarik dengan blog anda. Buat bukan coder seperti NM, Theme ini dapat memudahkan kerja anda berlipat kali ganda tak perlu nak rungsing kepala dah.

Tempat yang anda boleh pergi adalah di BYLT , bila anda pilih dan beli dari sini, team mereka akan bantu anda untuk setup dan desain theme anda mengikut citara asa anda sendiri.

Bila anda dah beli sesuatu theme, anda boleh download WORDPRESS theme (a.zip file) dari BYLT Dashboard. Save file tersebut ke dalam Desktop anda sebab anda perlu upload ke dalam WordPress sekejap lagi.

Sesudah itu, anda kembali ke login Hosting Bluehost

Dah login, lepas tu pergi ke My Sites dan click Log in to WordPress.

Di WordPress, tekan appearance (sebelah kiri), dan pilih Themes. Di bahagian atas, anda akan lihat “upload”.

Cari File .zip yang dah download ke dalam desktop tadi daari BYLT, dan click install now.

Dan akhirnya tekan Activate.

STEP 4 : INSTALL DUA PLUGIN PENTING NI

Ini adalah optional, tetapi NM sangat sarankan untuk install plugin ini ke dalam wordpress anda.

Pluggin pula jangan install terlalu banyak, ia akan melembabkan website anda. Install hanya plugin yang bagus dan dapat membantu website blog anda sahaja.

NM suggest untuk install ddua plugin free ini :

  1. Yoast SEO 
    SEO Plugin yang bagus untuk WordPress. Panduan lanjut tentang WordPress SEO baca di Yoast’s Definitive SEO Guide.
  2. Google Analytics for WordPress by MonsterInsights
    Google analytics for wordpress ini dapat membantu anda untuk menganalisa trafic yang masuk ke website anda. Ia dilakukan secara automatik dan sangat bagus untuk anda membuat keputusan atau konten sterusnya.

Di Dashboard WordPress > Plugin, seaach kedua plugin ini dan tekan install.

STEP 5 : TULIS BLOG YANG MENARIK DAN BERMANFAAT KEPADA PEMBACA

TAHNIAH! Sekarang anda dah bersedia untuk mula berblogging.

Sekarang anda dah ada blog sendiri, gunakan untuk sebar manfaat dan juga panduan berguna buat pembaca.

NM sangat gembira sekiranya artikel yang ditulis oleh NM memberi penyelesaian masalah dan juga memberi manfaat kepada orang yang membaca kerana itulah tujuan uatma NM tubuhkan Nenasmadu.com ini.

Nak tahu lebih lanjut tentang Blogging, anda boleh ke Website di bawah ni :

Leave a Reply