Menghayati permandangan Skyview di The Hub SS2 : Manatidur | Petaling Jaya

February 1, 2022 By:

Berkesempatan lagi untuk bercuti bersama keluarga, NM telah menghabiskan masa cuti Chinese New Year (Tahun Harimau) di Petaling Jaya. Tahun harimau yang bermaksud Keberanian, Kebijaksanaan dan juga Kekuatan menjadi simbolik bagi orang cina. Oleh itu NM juga berjaya menguji ‘Keberanian’ dengan menumpang sementara di sebuah Studio Kondo di The Hub di Tingkat 36. Studio ini dinamakan Manatidur.

Terjadinya Staycation bersama keluarga ini adalah disebabkan ada keluarga ipar NM tak dapat hadir disebabkan masalah tertentu, jadi NM diberikan peluang untuk menikmati pemandangan Petaling Jaya pada tingkat 36 ini.

Bangunan The Hub SS2 ini mempunyai 42 tingkat. Di tingkat paling atas terdapat Swimming pool dan juga Gym. Kedudukan Gym agak tersorok, ia terletak di basement tingkat atas. Pelik kan. Di tingkat ini juga terdapat kawasan hijau, tak adalah rasa Dry sangat.

Arkitek pembinaan ini agak unik, NM lihat design yang direkabina ini sangat unik dari segi desain dalamannya. Sangat friendly dan selesa kalau datang ke sini. Kedudukannya pun teratur dari segi kedudukan lif, kedudukan pintu, susunan swimming pool, sususan bilik, dan juga susunan parking basement. Segala-galanya mudah dan unik. Lagi satu yang unik, dalam rumah ada rumah. Macam bilik yang NM duduki di Manatidur ni, walaupun dah masuk pintu rumah utama, ada tangga untuk ke bilik atas pula. NM tak pasti kalau rumah lain pun sama. Tapi dia macam agak pelik dan menarik bagi NM.

Area Swimming Pool The Hub SS2

Bangunan ini juga dilengkapi dengan Pengawal Keselamatan bertopi merah, berbaju uniform putih. Di Lobi ada, di tingkat paling atas pun ada. Mana-mana rancak.

Selain dari itu, bertepatan dengan SOP bagi mengelakkan wabak covid ini berselerak, terdapat unit yang sentiasa memastikan kawasan awam sentiasa di sanitize. Jadi dapatlah kurangkan risiko merebaknya virus yang belum ada ubatnya ni.

Untuk booking anda boleh ke Agoda ataupun Booking.com. Jangan risau, ni NM tak letak Link Affiliate, hanya berkongsi pengalaman. Next nanti NM akan cerita tentang restoran Authentic Thai yang NM makan di area Petaling Jaya ni.

Booking.com : BOOK MANATIDUR BOOKINGDOTCOM
Agoda : BOOK MANATIDUR AGODA
OFFICIAL : www.manatidur.com

Review by others on Manatidur :

Leave a Reply