Mi band 6 berbaloikah beli sekarang? Tahun 2022.

February 6, 2022 By:

Pemantauan kesihatan pada waktu kini sudah menjadi sesuatu yang top priority dalam kehidupan. Kepekaan terhadap tahap kesihatan kepada diri sesorang individu itu adalah bagus dan positif. Kesedaran ini menjadikan pembangun teknologi ingin terus menjadi releven dalam memastikan tahap kesihatan dapat dipantau dapat dikeluarkan dengan mudah dan enteng.

Maka terhasillah peranti Smart Band.

Apa pula smart band ni untuk kesihatan?

Smart band ni merupakan satu peranti yang berbentuk seperti gelang yang terdapat padanya pelbagai fungsi berasaskan kesihatan. Contoh mudah seperti Kadar Degupan Jantung (BPM) anda, tahap oksigen level dalam darah (Sp02) anda dan juga step harian anda. Ia memberikan info ringkas terhadap status kesihatan anda.

Jadi mudah, segala-galanya ada si pergelangan tangan anda (bukan konsep hujung jari dah).

NM terbeli Mi Band 6 keluaran Xiaomi.

Sebelum ni NM tak ambil port pun tentang smart band ni, sebab selama ni NM jarang ada masalah kesihatan. Lebih lagi dulu memang ahli sukan tegar, BMI pun cantik je. Tapi sekarang sukan pun tidak, senam pun dha jarang-jarang. Timbul kebimbangan pada kesihatan NM.

Nak dijadikan cerita, apabila NM risik-risik dari para pemakai band ni, semua bersetuju bahawa Smart Band ni amat membantu kalau betul-betul diaplikasikan.

NM ni pengguna fon jenis xiaomi kalau anda pernah baca di artikel https://nenasmadu.com/2021/08/29/unprofessional-mi-11-lite-simple-review-dari-a1-distributor-bukan-version-5g/ sebelum ni.

Jadi NM nak cari lah smart band yang sejenis, orang kata lebih sekufu dengan pengharapan segala sistem dan fungsi dia akan jadi ngam. Sesama kaum sudah tentu ada chemistry kan. Ah sudah.

So NM beli lah Mi Band 6 ni pada PROMO CNY baru ni, Nak tahu spec detail boleh baca di GSMARENAMIBAND6.

NM order dari kedai Dasher ni di shopee, 4 hari je dah sampai courier.

So NM unboxing lah dengan rakus seperti gambar di bawah.

Ini yang NM dapat pada harga rm145
Usb charger, sambungan dia bentuk lain
Pandangan melintang
Dari belakang

So jom go thru 10 features yang NM rasa menarik :

1. BPM

2. Sp02

3. Workout

4. Notifcation (SMS, Whatsapp)

5. Sleep Monitoring (lightsleep, deepsleep)

6. Stress Access

7. Weather

8. Event

9. Breathing

10.Others (flashlight, camera, stopwatch, timer, find device, silent)

Heart rate(BPM) dan SpO²

Sini ada boleh monitor heart beat anda dan juga tahap oksigen dalam darah. Pengganti oxymeter.

Sleep monitor dan notification

Sleep monitor ni NM agak sangsi sikit, macam mana dia boleh tahu NM tertidur jam berapa. Takkan dari hasil bunyi dengkur kot. Sebab kalau ikut waktu NM tertidur tu memang betul dah. Siap tahu lagi waktu terbangun. NM tak pasti macam mana dia detect. Mungkin dari kadar jantung, atau darah. NM tak pasti.

Ni lepas NM vaksin booster, tgk trend manusia terciduk. 10 jam melepet.

Untuk notifikasi ni, bagi skrin yang agak kecil, ia sangat memadai untuk sekurang kurangnya kita tahu siapa yang whatsapp dan apa isi kandungannya. Contoh macam di bawah.

Ni ghupa utk notifikasi whatsapp

Boleh scroll tau. Jadi anda boleh baca terus dari smart band je kalau fon anda waktu tu pada kedudukan jauh dan malas nak capai. Simple. NM rasa ia dah cukup bagus untuk smart band ni pada harga macam ni ada fungsi ni.

Workout & Workout history

Dalam workout ni terdapat lebih 30 module workout yang disediakan untuk anda kira berapa banyak kalori sedang dibakar berdasarkan aktiviti workout yang anda pilih. Antara aktiviti yang ada seperti di bawah.

Antara aktiviti yang ada
Stress level dan Breathing

Kedua dua fungsi ini akan mengambil bacaan semasa anda apabila digunakan. Ia kebiasaanya mengambil masa hampir 1 minit untuk mendapatkan bacaan. Untuk stress level ada 3 kategori iaitu relaxed, moderate dan high. Agak-agak kalau stress tu NM suggest untuk pergi bertenang macam ke Taman Hijau ke, buat urutan spa ke, main game ke, apa-apa saja yang dapat bagi anda relax.

Fungsi dalam others

Dalam others ni ada banyak fungsi lagi. Macam torch light tu bukan lampu di fon ya, ia sekadar menjadikan skrin smart band tu warna putih bertujuan sebagai torch light. NM tak rasa ia cukup kuat untuk pancar cari hantu, sekadar boleh pada area yang kecil dan dekat.

Fungsi yang NM rasa agak bagus adalah Camera, anda boleh shutter camera fon anda dari jarak jauh. Bagus fungsi ni.

Stopwatch dan timer tu fungsi biasalah, tak perlu NM terangkan lebih detail. Benda standard je. Tapi ada masa ia diperlukan.

Home interface

Ini pula home interface bagi Xiaomi band 6 ni. Full skrin dia. Ada orang bagitahu boleh custom. Tapi ini adalah rupa default dia dari kilang.

Status NM hari ini

Dalam gambar ni pula status semasa NM, baru berjalan 400m setelah 622 langkah. Walaubagaimanapun features ini kekadang tak berapa tepat. NM lebih suggest guna fungsi workout dan berpandukan itu. NM rasa fungsi smart band lebih baik ke arah itu.

Anda juga perlu download dan sync dengan MiFit, baru dia dapat fungsi penuh.

Review mi band 6

Dari segi keselesaan, bagi NM ia agak selesa dan tidak terganggu. Saiz yang kecil dan wrap yang lembut tidak membuatkan terasa irritate ketika memakainya termasuk waktu tidur.

Dari segi harga, dengan fungsi yang ada ,harga nya sangat berbaloi dan marhein.

Dari segi appearance, sesuai dengan nama ia memang sejenis smart band yang tak terlalu melampau desainnya dan juga tak hodoh.

Dari segi ketahanan bateri, sekurang-kurangnya boleh bertahan 9 hari selepas caj jika guna pada moderate. Untuk full caj perlukan lebih kurang 2 jam

Dari segi kepuasan, NM berpuas hati dan kalau ada rezeki lebih, nak belanja orang lain pula.

Akhir kata (rumusan)

NM bersetuju untuk bersetuju dengan kenalan NM yang pernah guna mi band 6 ni bahawa mi band 6 ini sangat bagus untuk pemantauan kesihatan anda.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna anda boleh bergantung sepenuhnya pada maklumat yang diberikan. Jika nak dapat info kesihatan lebih tepat NM sarankan untuk berjumpa dan dapatkan nasihat dari pakar.

Beli kat shopee moh ler.

Nak grab boleh dapat kat shopee, NM beli dengan supplier dasher :

Grab : Beli Mi band Shopee

Leave a Reply