Dorsett Putrajaya untuk buat Event

February 24, 2022 By:

Di tengah-tengah bangunan kementerian di Putrajaya, terdapatnya sebuah hotel yang mempunyai 9 tingkat lengkap dengan fasiliti gym, swimming pool dan juga bilik event. Pada pengamatan NM yang NM nampak, terdapat 6 bilik event. Dan walaupun pada waktu hari bekerja, bilik event tersebut sentiasa dipenuhi oleh Syarikat Swasta dan juga dari Kementerian Kerajaan.

NM juga berperluang untuk menginap dan menghadiri satu bengkel di sini pada bulan ini. Di Dorsett Putrajaya, segala bilik event terletak di tingkat 3. Di sini juga terdapat restoran untuk anda memenuhkan perut anda.

Dari tingkat 4 ke 8 pula merupakan bilik-bilik yang selesa untuk di inapi. Tilam dia memang selesa, dan bilik air dia juga agak selesa. Dan sudah tentu ia dilengkapi oleh sistem water heater dan cooler. Selain itu, terdapat mesin coway di setiap tingkat. Jadi anda tak perlu lah angktu air mineral atau ambil air dari bilik air untuk dijerang. Lengkap. Susunan dan perhiasan hotel juga agak cozy dan menenangkan walaupun di tengah-tengah ‘bandar’.

Menghadap pula ke tasik putrajaya, pastinya ia sesuatu pemandangan yang indah. Tetapi bahagian yang sesuai utk anda menghadap ke putrajaya adalah 20-30 (NM rasa). Kalau nak confirm, boleh request terus dengan receptionist.

Sewaktu event, pengurus/person in charge juga memainkan peranan dengan baik dan sentiasa cepat untuk membantu sekiranya berlaku sebarang masalah. Dan mereka sangat profesional. Jadi kalau dalam team anda tidak mempunyai kepakaran dalam sound sistem atau LCD projector yang biasa menjadi masalah teknikal ketika event, anda tak perlu risau kerana mereka pantas datang membantu.

Bahagian parking terdapat di basement secara percuma buat masa ini (2 Tingkat). Walaubagaimanapun, keadaan di lif sedikit merisaukan jika anda berseorangan walaupun terdapat cctv di situ. Itu bagi pendapat NM lah.

Hal makanan pula memang superb. Makanan memang banyak gila babeng, yang lebih penting sedap-sedap belaka. Tak perlu risau kerana Dorsett ini antara hotel yang makanannya memang dimasak oleh chef yang hebat. Sedap. Selain itu ia berstatus Halal ya.

Di swimming pool pun NM rasa agak mesra untuk budak-budak, walaubagaimanpun ia tidak sesuai untuk semua jantina kerana ia tiada pengasingan antara lelaki dan perempuan. Sukar untuk diasingkan lebih lagi swimming pool di sini sentiasa ramai. Swimming pool ini terletak di tingkat 9.

Harga? bagi NM harga sangat berpatutan dengan servis yang anda terima. Berapa? pandai kawtim dapat lah harga yang boek. NM sebab order pakej mungkin dapat lebih murah berbanding bukan dalam pakej. Yang penting, harga dia memang sesuai dan tidak mahal.

Simple je posting NM kali ini. Jujur saja yang ku mampu.

Leave a Reply