Mohon secara online untuk penyambungan semula meter air Syabas Selangor yang dipotong

March 1, 2022 By:

Nak dijadikan cerita NM dah menetap di Negeri Selangor lebih 15 tahun, belum pernah bayar bil air di sini disebabkan oleh subsidi kerajaan Selangor sebelum ni. Tiba-tiba suatu hari air dah takda, ingatkan gangguan bekalan air. Keluar tengok di meter air, tu dia notis makluman dah kena potong.

Kenapa tak dapat surat makluman tunggakan? Peti mail NM kunci dah hilang, malas nak buat baru. Jadi penuh lah dalam peti surat tu dengan surat surat pelbagai yang NM tak buka dah. Kang kena panggil master key untuk buka, kemudianlah.

Jadi bil air pun tak pernah sampai. Begitulah kisahnya kenapa tak alert sampai kena potong.

Nilai tunggakan lebih seratus. Okaylah kena potong kesian pekerja Syabas nak makan apa kalau pengguna tak bayar pada mereka kan.

Jadi apa langkah-langkah untuk reconnect balik air anda yang dipotong secara online?

Mari NM kongsikan pengalaman.

Pertama download dulu aplikasi Syabas ni di google play atau apple store.

Google play : shorturl.at/jIQ14

Apple store : https://apps.apple.com/my/app/air-selangor/id1375391512

Bila dah ada ni mudah sikit, boleh guna fon. Kalau tak boleh ke website rasmi Syabas di www.airselangor.com

Dah ada login (perlu register dulu), kemudian anda perlu masukkan detail bil rumah anda ke dalam account syabas ni.

Perlu tahu no akaun bil anda ya. Nanti dia sync.

Lepas tu kalau anda masih ada tunggakan, perlu dijelaskan terlebih dahulu ya. Ia bersama kos penyambungan semula, NM tak pasti berapa kena caj. Bayaran boleh dibuat melalui apps ni je terus. Boleh guna FPX payment atau credit card.

Selesai semua tu anda boleh ke bahagian Help>HelpCentre(warna hijau)>Requestforreconnection.

Kemudian anda perlu isi butiran tentang akaun yang terkesan dan juga sedikit description. Then kepilkan sekali screenshot bahawa payment telah dilakukan. NM kongsi macam gambar di bawah ni je.

Lepas tu anda akan terima email menyatakan report anda sedang disemak. Tempoh penyambungan semula mengambil masa kurang dari 2 jam. Laju betul. Waktu malam pun dorang bekerja. Mantap kali.

Dan perlu NM ingatkan, caj penyambungan akan dimasukkan pada bil seterusnya pada kadae rm35 tau!

Jadi itu lah dia pengalaman NM dipotong meter air akibat lalai dengan duniawi. Jangan culas bayar bil air, karang bertamayyum lah anda.

One Reply to “Mohon secara online untuk penyambungan semula meter air Syabas Selangor yang dipotong”

  1. Kamarul says:

    bukan nya bertammayum tapi bertayamum, cuba nak perbetulkan sedikit..

Leave a Reply