Russia Vs Ukraine, konflik dua negara yang boleh cetuskan World War 3 (WW3)?

March 6, 2022 By:

Dah lebih seminggu sejak peperangan telah diisytiharikan oleh President Repubic of Russia iaitu Vladmir Putin terhadap negara Ukraine.

Untuk pengetahuan, kedua-dua negara ini merupakan salah sebuah negara dari 15 negara yang merupakan anggota USSR yang telah ditubuhkan pada tahun 1922 sehingga 1991. Antara sebab terbubarnya USSR ini dikatakan oleh faktor kewangan serta politik dalaman yang pada akhirnya berkuburlah USSR ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai USSR ini boleh search google atau wikipedia.

Apa punca Putin menyerang Ukraine?

Kalau tiada angin bertiup, maka tiadalah pokok bergoncang. Faktor utama yang menyebabkan Rusia bertindak agresif terhadap Ukraine disebabkan oleh khabar angin serta tindakan kerajaan Ukraine yang diketuai oleh seorang bekas aktor/komedian iaitu Volodymyr Zelenskyy dilihat cenderung untuk menyertai NATO.

Keadaan ini membuatkan Putin jadi tak senang duduk disebabkan Negara Ukraine ini merupakan jiran Rusia yang amat dekat. Penyertaan Ukraine ke dalam NATO membolehkan anggota di dalam NATO untuk meletakkan pengkalan tenteranya (terutamanya US yang merupakan musuh utama Rusia) di Ukraine yang merupakan pintu masuk ke Rusia lantas membuatkan Rusia terasa agak terancam.

Dalam masa yang sama perlu diingat, salah satu wilayah Ukraine (diiktiraf oleh UN, govern oleh Rusia) iaitu Crimea menjadi kawasan konflik sekian lama. Itu membuatkan Ukraine dalam pada masa yang sama tidak senang hati terhadap Rusia yang menduduki wilayah mereka.

Kedudukan Crimea di bahagian Utara Laut Hitam (black sea) merupakan sebuah wilayah yang agak penting.

Jadi boleh NM simpulkan faktor utama yang membuatkan berlakunya pertembungan ini adalah :

1 ) Kerisauan Putin akan kedaulatan Rusia yang bakal tergugat sekiranya Ukraine menyertai NATO.

2 ) Hubungan dingin yang sekian lama antara kedua buah negara.

3 ) USA dalam keadaan lemah berbanding sebelum (ini pandangan peribadi NM, dan Rusia mempunyai sokongan pakatan yang kuat dari China).

Tindakbalas negara lain terhadap peperangan Rusia Vs Ukraine

Hampir kesemua negara di dunia mengecam tindakan Rusia terutama dari anggota NATO itu sendiri. Apa yang berlaku adalah sekatan dan tekanan dari segi ekonomi terhadap Rusia oleh negara-negara yang tidak bersetuju terhadap tindakan Rusia.

Antara syarikat besar yang terlibat adalah Apple dan IKEA. Bagi NM, membazir dan merugikan syarikat tersebut sahaja. If you know Putin, dia bukan seorang yang tak ada planning punya manusia. Dia merupakan bekas spy Rusia iaitu KGB. Beliau pasti mempunyai perancangan lain jika berlaku sebarang kemungkinan termasuk jika negara sekutu kuatnya seperti China tidak memberika sokongan

Lantas tindakan Rusia mengugut kembali kepada negara luar terutama kepada UK dan US.

Kepada UK, walaupun sekatan ekonomi dilakukan, mereka masih membenarkan kemasukan dagangan crude oil daripada Rusia https://inews.co.uk/news/russia-send-oil-gas-uk-despite-ukraine-sanctions-banning-ships-entering-ports-1493754

Untuk US pula, Rusia menghentikan penghantaran Enjin Roket kepada NASA dalam suatu projek.

Adakah sanction ekonomi ini berkesan kepada Rusia? Sekatan ini pastinya memberikan kesan terhadap Rusia, sejauh mana kesannya NM pun tak pasti. Pun begitu, kemusnahan yang berlaku di Ukraine pastinya jauh lebih teruk untuk kembali dibangunkan.

Adakah peperangan ini boleh ditamatkan segera?

Ya dan tidak. Antara faktor ataupun agenda propaganda utama membuatkan Rusia menyerang Ukraine adalah disebabkan oleh hasrat negara Chernobyl tersebut untuk menyertai NATO.

Melainkan Putin ada agenda tersembunyi yang lain. Maka WW3 bakal berlaku apabila negara besar lain mula masuk campur secara direct.

Dan kemungkinan juga Putin akan menggunakan teknologi nuklear sekiranya dalam keadaan terdesak. Ini pasti memburukkan keadaan.

Harapan NM

Sekiranya peperangan ini boleh dielakkan, maka elak lah ia daripada berlaku kerana ia hanya merugikan semua pihak. Kan elok pegi lepak mamak sembang dari hati ke hati dari masing-masing ego menyebabkan orang tak bersalah terkorban.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa ramalan dari tokoh tokoh terdahulu serta sarjana dari Islam berkaitan perang yang akan berlaku pada akhir zaman.

Elbert einstein : “I do not know with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones.”

Leave a Reply