Berapa hari tempoh kuarantin? Positif kovid dan Kontak Rapat

March 12, 2022 By:

NM antara manusia yang dijangkiti wabak penyakit viral ni iaitu Covid 19 baru-baru ini. SOP bagi kawalan penyebaran jangkitan penyakit ini berubah dari masa ke semasa. NM menulis ini selepas daripada pengumuman Perdana Menteri berkaitan beberapa kelonggaran baharu bermula 1 April 2022 yang menuju ke fasa endemik.

Tapi bukan itu tujuan penulisan kali ini, NM hanya nak berkongsi secara ringkas tempoh yang ditetapkan bagi pesakit covid dan beberapa perkara yang anda perlu dan boleh lakukan sepanjang tempoh ini.

Berapa tempoh kuarantin bagi pesakit covid?

Perkiraan bagi bermulanya tarikh kuarantin adalah bermula dari tempoh anda mendapati diri anda Positif (test). Anda boleh melakukan pengesahan bahawa anda terkena jangkitan covid sama ada melalui test kit kendiri mahupun melalui ujian klinik atau hospital.

Bagi tempoh kuarantin adalah berbeza bagi mereka yang telah mengambil vaksin dos lengkap atau pun tidak. Malah anda juga perlu pantau sekiranya anda bergejala, ia akan dirawat mengikut kaedah yang berbeza. NM mengalami tidak bergejala dan telah lengkap booster.

Jadi untuk mereka yang telah lengkap vaksinasi dan tidak bergejala, tempoh hanya 7 hari. Manakala yang selain dari ini perlu kuarantin selama 10 hari. Di mysejahtera akan keluar tempoh untuk isolasi anda seperti di bawah

Kalau lihat tempoh nya adalah daei 7 mac sehingga 13 Mac (7 Hari). Pada 14hb Mac NM akan bebas dari kurungan kuarantin ini. Lebih baik refer ini bagi mendapatkan lebih kepastian.

Untuk panduan lengkap tentang tempoh ini pula anda boleh ke https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2022/01/tempoh-baharu-bagi-pengasingan-kes-positif-covid-19-dan-kuarantin-kontak-rapat-kepada-kes-positif-covid-19 atau boleh rujuk pada infografik di bawah

Apa perlu dibuat sepanjang tempoh Kuarantin?

Selain daripada istighfar, berselawat, ada perkara penting yang anda perlu lakukan sepanjang tempoh kuarantin.

Anda perlu melaporkan kondisi anda setiap hari sebanyak 2 kali.

Cara nak report adalah, anda perlu kerap semak di bahagian “things to do”. Laporan ini setiap 12 tengah hari dan 6 petang.

Imi bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau anda dari masa ke semasa.

Antara yang ditanya adalah kewujudan simptom, tekanan darah, oksigen level, dan heart beat.

Bagi membolehkan anda memberi laporan dengan tepat, anda perlukan peralatan yang mencukupi seperti oxymeter dan juga stethoskop.

Sebelum ni NM ada kongsikan beberapa oxymeter yang bagus untuk digunakan di rumah pada artikel : https://nenasmadu.com/2021/07/25/pengalaman-menggunakan-saliva-rapid-test-by-alltest/

NM pula menggunakan Mi Band 6 yang juga NM ada menceritakan tentang functionnya pada artikel sebelum ini. Tak sangka ada instinct untuk beli sebelum kena Covid ini. Alhamdulillah sangat membantu.

https://nenasmadu.com/2022/02/06/mi-band-6-berbaloikah-beli-sekarang-tahun-2022/

Sedikit perkongsian tambahan sepanjang tempoh dijangkiti.

Pengalaman merasai sendiri sebagai seorang yang termasuk dalam list harian yang diumumkan oleh KKM adalah sesuatu pengalaman yang pelbagai.

Sepanjang 2 tahun sejak kita dilanda pandemik Covid ini, NM beberapa kali berjaya mengelak dari dijangkiti ini walhal kontak rapat sebeum ini boleh dikatakan agak yakin akan kena. Beberapa kali tertangguh, genap 2 tahun, NM tewas.

Malam sebelum NM membuat test, NM sedikit demam, kepala agak pening dan berdenyut. Membuatkan tak berapa selesa untuk lelapkan mata pada malam itu.

Jadi pada pagi tu, NM dapat khabar bahawa kenalan NM telah dijangkiti Covid. Berbeza dengan sebelum ini, NM ada rasa sedikit funny feeling. Tak dapat digambarkan. Ia seolah perasaan yang lain, nak kata sihat, rasa macam tak sihat. Pagi tu tekak memang dah rasa sedikit perit.

Jadi keadaannya agak berbeza berbanding sebelum ni pada keadaan kontak rapat. Jadi NM test dan resultnya adalah 2 garisan (positif).

Result NM

Tak ada perasaan lain selain memikirkan tentang ahli keluarga yang lain. Risau mereka turut dijangkiti.

Dan alhamdulillah mereka bebas dari wabak penyakit ini. Jadi NM pun berkurunglah sendirian.

3 hari pertama merupakan the toughest day. Sebab demam on off, sakit tekak memang tak boleh kata apa, suara pun hampir hilang. Kepala pening dan seperti berputar-putar. Cuma ini NM lah, harusnya kuat dan gagah untuk melawan.

Selepas hari ke-3 semuanya hampir kembali normal, simptom yang tinggal hanyalah tinggal selsema dan hidung tersumbat. Setiap pagi akan penuh dengan mukus.

Dan NM kategorikan NM punya simptom pada tahap mild. Tak berapa teruk berbanding orang lain. Cuma ia agak menggangu aktiviti harian NM terutama apabila membaca atau menggunakan otak untuk berfikir solusi masalah kerja.

Cara rawatan NM untuk simptom Covid

Untuk sakit tekak, NM amalkan minum air lemon sahaja. Dan kopi NM tak pernah lekang, sebab NM ada masalah lain, tak dapat kopi satu hari di bahagian belakang kepala NM akan berdenyut. Ketagihan kopi melampau barangkali.

Untuk demam dan pening kepala, NM tak mengamalkan pengambilan panadol. Sebab masih boleh tahan dan NM bercadang untuk imunisasi badan NM berlawan secara neutral. Pengambilan panadol hanya akan membuatkan otak kita ditipu bahawa kita tidak mengalami sebarang kesakitan.

Bagi selsema pula, NM cuba pemakaian vicks, tapi macam kurang berkesan. Kalau ada sterimar NM rasa NM dah sembur dalam hidung ni. Ini kerana air laut dikatakan dapat membantu dalam masalah selsema.

Jadi alhamdulillah, NM dapat mengharungi 7 hari kuarantin ini dengan tabah walaupun agaklah membosankan terkurung sendirian.

Untuk elakkan dari berlaku lagi, kita boleh usaha untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan dengan baik.

Leave a Reply