Hukum berbuka puasa awal disebabkan muadzin azan awal | Adakah perlu ganti puasa dan perlu bayaran fidyah?

April 4, 2022 By:

Pada 1 Ramadhan tahun 2022, satu kes di Tawau telah berlaku iaitu seorang dj radio telah memperdengarkan azan 4 minit awal. Apakah kesannya?

Berita DJ radio buka awal azan maghrib : https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/wilayah/2022/04/942038/siar-azan-maghrib-awal-penyampai-mohon-maaf

Mengikut pendapat Jumhur Ulama’

Di halaman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan pernah membahaskan isu ini di lama sesawangnya.

“Berhubung orang yang berbuka puasa kerana menyangka matahari telah terbenam, para ulama’ berbeza pandangan dalam hal ini. Terdapat dua pendapat.

Pertama, jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

Kedua, hukumnya tidak batal puasa. Inilah pendapat sebahagian mazhab Hanbali, al-Muzani dan Ibn Khuzaimah daripada ashab al-Syafie dan juga pandangan ulama’ Zahiri.”

Artikel penuh : https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/790-bayan-linnas-siri-ke-97-tersalah-berbuka-puasa-awal-kerana-azan-di-radio

Bagi NM, kebarangkalian ketidaksengajaan akan berlaku pada bila-bila masa dan ketika. Jika ia melibatkan ibadah, isunya agak berat. Jadi pada NM, berkaitan dengan berbuka puasa ini, adalah lebih afdal untuk kita sama-sama pastikan waktunya telah tiba. Bersabar dan tidak terlalu gopoh untuk berbuka walaupun syariat menggalakkan untuk berbuka pada awal waktu. Namun, jika kita tersilap langkah, ia membolehkan puasa anda terbatal mengikut pada hujah dan dalil oleh mazhab-mazhab tertentu.

Leave a Reply