Aplikasi food delivery “meniaga”, tanpa caj komisen kepada platform?

April 7, 2022 By:

Ini bukan artikel berkaitan dengan politik, tetapi NM lihat ini sesuatu yang baik untuk masyarakat yang diperkenalkan oleh Sdr Rafizi Ramli.

Khidmat Masyarakat:
MENIAGA DARI RUMAH SEMPENA RAMADHAN

oleh Rafizi Ramli

Salah satu hobi utama saya ialah menggalakkan orang berniaga dan mencari rezeki sendiri. Kalau dulu kita perlukan modal yang besar, kini semua boleh berniaga dari rumah dengan aplikasi percuma.

Kami bangunkan aplikasi “Meniaga” sebagai platform e-dagang percuma untuk rakyat Malaysia. Fungsinya sama seperti GrabFood, FoodPanda, Shopee atau Lazada, tetapi peniaga dan pembeli tidak perlu bayar kepada platform. Jika membeli di platform lain, 20% ke 30% dari bayaran diambil sebagai komisen oleh platform.

“Meniaga” adalah platform percuma 0% komisen yang pertama di Malaysia. Tujuannya untuk membolehkan orang ramai berniaga di dalam kawasan 10 km sekitar rumah untuk menghidupkan ekonomi setempat.

Peniaga dan pembeli boleh memilih dari 30+ khidmat penghantar makanan dan kurier dari jenama terkenal seperti GrabExpress, DHL, pandaGo, J&T, ninjavan, PosLaju, Lalamove, BungkusIt, ABXExpress, Tapaw (dan banyak lagi yang disediakan oleh delyva) untuk menguruskan penghantaran. Peniaga juga boleh menghantar sendiri, atau pembeli mengambil sendiri.

Setakat ini, lebih 10,000+ peniaga di seluruh negara menggunakannya untuk mengelak dari membayar komisen kepada platform lain.

Gunakan kesempatan Ramadhan dan persediaan Aidilfitri kali ini untuk mula berjinak berniaga.

Kami juga memberi ganjaran kepada pengguna untuk sama-sama mengembangkan “Meniaga”:

  • RM1 bagi setiap pengguna baru yang dirujuk
  • Apabila pengguna yang kita rujuk turut merujuk pengguna baru, kita juga akan mendapat ganjaran sehingga ke tiga peringkat rujukan
  • Ganjaran harian setiap kali menggunakan aplikasi “Meniaga”

Mata ganjaran boleh digunakan untuk membeli dari peniaga-peniaga di platform “Meniaga”.

“Meniaga” juga membolehkan peniaga kecil membuat permohonan pinjaman terus ke Alliance Bank untuk skim pinjaman mikro kredit peniaga kecil.

Dalam keadaan ekonomi susah seperti sekarang, kita boleh membantu sesama sendiri dengan membeli dari jiran tetangga. Kita juga boleh berjinak berniaga dari rumah.

Saya mohon bantuan orang ramai menyebarkan berita ini kepada seramai yang mungkin. Kongsikan di media sosial dan WhatsApp, jom hidupkan ekonomi setempat.

Muat turun aplikasi “Meniaga”:

Apple | https://apps.apple.com/my/app/meniaga/id1516839999?platform=iphone

Google | https://play.google.com/store/apps/details?id=com.invoke.meniaga.my&hl=en&gl=US

Tags: , ,

Leave a Reply