Pembayaran komisen oleh pihak affiliate shopee | Passive Income from Shopee

April 24, 2022 By:

Seperti yang NM maklumkan pada entri https://nenasmadu.com/2021/12/04/affiliate-shopee/ pada tarikh 4 Disember 2021, akhirnya NM merasai komisen tersebut pada bulan April. Itu pun disebabkan oleh beberapa isu teknikal yang terpaksa diuruskan terlebih dahulu, almaklumlah NM ni bukanlah pakar dalam perkara sebegini, perlukan bantuan dari pihak shopee itu sendiri. Dan Alhamdulillah pihak shopee affiliate amat membantu dan proaktif.

Bermula dengan sebuah website yang pada hemat NM hanya untuk memberi manfaat dari segi info dan pengetahuan pengalaman, di mana ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kadangkala belum pernah melalui perkara yang NM alami. Ia amat memberi kepuasan kepada NM sekiranya info tersebut dapat membantu dan memudahkan pihak yang membaca.

Tertubuhnya Nenasmadu.com ini tercetus apabila NM mencari info “secara pengalaman” yang agak sukar di laman sesawang pada waktu itu. NM ada isu berkaitan dengan JPJ, jadi NM search di google dan rata-rata tidak begitu lengkap. Oleh itu NM terus terdetik alangkah indahnya jika ada panduan buat orang seperti NM. Info sebegini seringkali diperlukan bagi mereka yang Zero Knowledge macam NM. Seperti info tentang bagaimana mahu membuat kad debit bank baharu sekiranya kehilangan atau ditelan mesin atm, semua ini adalah berdasarkan perjalanan hidup NM yang NM nukilankan dalam bentuk entri yang NM harap ia dapat membantu orang lain walaupun sedikit info.

Selepas 3 tahun berkecimpung tanpa monetize, akhirnya website NM ini layak untuk menjadi affiliate kepada shopee. NM teramatlah gembira tentang perkembangan ini. Malah terdapat juga lantikan sebagai googleads dari google untuk menyiarkan iklan mereka di page NM. Bagi NM, selagi ia tidak menjengkelkan para pembaca(reader experience), NM akan teruskan.

Bagi Shopee ini, pembayaran komisen dilakukan secara direct ke dalam akaun shopee (wallet shopee) NM. Ia disebabkan NM mendaftar affiliate sebagai individu. Jika affiliate itu dari kalangan syarikat, ia memerlukan dokumen yang lain dan pembayaran akan dilakukan ke dalam akaun syarikat terbabit. NM tak ada syarikat, hanya buat secara sambilan.

Pembayaran pula akan berlaku pada bulan ke-tiga selepas komisen anda dikira. Contoh sekiranya pembelian oleh pembaca dilakukan pada bulan Januari, pada bulan Febuari akan diverify pembelian tersebut untuk menentukan samaada ia fraud ataupun rejected. Dan akhirnya pembayaran akan dilakukan pada bulan Mac.

Notifikasi dari pihak shopee bahawa pembayaran telah dilakukan

Contoh seperti pembayaran pada gambar di atas 22/04/2022, komisen tersebut adalah untuk bulan Febuary 2022.

NM harap nenasmadu.com dapat terus membantu memberikan manfaat kepada para pembaca NM yang kian berkembang. NM tak sangka ramai pembaca walaupun tidak mengenali NM secara realiti, memberikan sokongan kepada NM secara berterusan. Semoga NM dapat terus bersemangat untuk menghasilkan entri yang dapat terus memberikan panduan kepada masyarakat.

Leave a Reply