Tukar ke akaun KWSP anda ke patuh shariah secara talian | apps i-akaun kwsp

May 8, 2022 By:

Pengumuman perkenalan konsep Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berteraskan shariah telah diperkenalkan pada tahun 2016. Konsep ini memberi kelegaan kepada mereka yang mempunyai keraguan terhadap pelaburan yang mereka lakukan terlibat dengan perkara yang bertentangan dengan syara’

Walaubagaimanapun pada tahun 2022 menunjukkan kadar pendaftaran mereka yang beragama islam ke dalam sistem kwsp shariah masih belum sepenuhnya. Oleh itu NM terpanggil untuk berkongsi lagi cara yang amat mudah boleh apply penukaran akaun shariah kwsp tersebut secara online sahaja.

Sebelum itu, ia tertakluk kepada mereka yang mempunyai akaun kwsp yang telah didaftarkan di i-akaun kwsp. Boleh rujuk pada rajah di bawah cara untuk daftar i-akaun secara online.

Atau boleh tekan link ini untuk panduan lengkap. https://ecentral.my/i-akaun-kwsp-online/.

Bila dah ada akaun i-akaun kwsp ini, anda boleh login melalui apps dari google apps store ataupun dari apple play.

Kalau perlu download. Anda boleh download di sini.

I-akaun

Android : iakaunkwspandroid

Apple ios : iakaunkwspios

Bila anda login menggunakan id dan password anda, akan keluar notifikasi untuk daftar ke shariah seperti ini di laman utama.

Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan beberapa butiran anda dan perlu submit untuk persetujuan penukaran akaun anda.

Jika berjaya anda akan menerima pesanan ringkas melalui sms seperti di bawah.

Tempoh masa yang diambil bagi proses ini hanya sekitar 24 jam. So agak mudah dan tak perlu beratur di kaunter kwsp yang mana sekarang agak sesak. Benda mudah mengapa perlu dipersusahkan.

Cuma penukaran ini hanya akan berkuatkuasa pada setiap tempoh 1 Januari setiap tahun. Jadi kalau buat sekarang, penukaran tersebut hanya akan berlaku awal tahun depan. Boleh buat terus, kang lupa. Harap membantu!

Leave a Reply