Cara mohon meter TNB

June 5, 2022 By:

NM kongsikan sebuah perkongsian cara mohon meter TNB untuk rumah yang baru dibina oleh seorang pengguna facebook di link yaya zahari

ASSALAMUALAIKUM YANG MANA TENGAH BUAT RUMAH , PLAN NAK BUAT RUMAH TU DII SINI SAYA INGIN KONGSIKAN CARA UNTUK MOHON METER TNB

CARA PERMOHONAN METER TNB DAN HARGA CAJ 2021

  1. Kos pemasangan meter tnb adalah berbeza bergantung pada jenis permohonan meter samaada bekalan meter 1 fasa atau meter 3 fasa.
  2. Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonan termasuk pemasangan pendawaian lengkap dari papan meter ke dalam rumah dan juga pembayaran ke pihak TNB iaitu caj sambungan pengguna dan deposit meter.
  3. Harga caj bayaran kontraktor untuk pengesahan pemasangan lengkap, pengujian dan permohonan ke TNB adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Sebelum permohonan dibuat papan meter perlu disediakan terlebih dahulu lengkap dengan pendawaian ke kotak agihan (DB).
  4. Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground).
    Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.
  5. Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB.
    Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).

6. pengguna boleh upgrade (meter single phase -3phase) jika penggunaan elektrik bertambah

HARGA PENUH BOLEH REFER DI GAMBAR (tak termasuk cas kontraktor)

Harga Caj Sambungan Pengguna (CSP) dan pemasangan.

Caj tambahan tiang untuk permohonan TNB
0>3-percuma
4> – RM 200/satu batang

(hanya untuk domestik,Komersil tiang percuma)

Perkara yang diperlukan dalam permohonan Meter bagi TNB
DOCUMENT YANG DIPERLUKAN ADALAH:

Rumah kediaman, Pemohon individu

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik, atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan.
  3. Emel
  4. No telefon
  5. Nama Ibu

kedai komersil , Permohon syarikat

  1. Salinan SSM, Borang 9 or Borang D
  2. Salinan ic pengarah urusan
  3. Salinan akuan hak milik premis
  4. emel
  5. nama ibu
  6. no tel
  7. Caj Kontraktor permohonan meter TNB
    Satu fasa : RM 300 ke 700
    Tiga fasa : RM 350 ke 750
    Jadi harga keseluruhan bergantung kepada jenis rumah, dan berapa fasa bekalan dikendaki. Bergantung pada kejauhan dan kesusahan permohonan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga.

site visit-peyerahan Document-Submit-Lulus-bayar-pasang

CONTOH:
RUMAH BANGLO 1FASA
SESALUR (CSP) :RM 450
DEPOSIT : RM 700
STAMP DUTI : RM 10
CAS PEGURUSAN KONTRAKTOR : RM150
TOTAL RM 1310 SAHAJA

Untuk pertanyaan boleh Contact no dibawah 👇

boleh hubungi Www.wasap.my/60143914322

Leave a Reply