Makan di Lepaking 2.0 di Semenyih |onXon |

June 6, 2022 By:

Nama Lepaking ni dah fames dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia. Pernah mereka menganjurkan program Bossku bersama mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak sekitar tahun 2019.

Tempatnya terletak di lokasi berikut : lepakingSemenyih

lepaking 2.0 Semenyih dari luar

Kawasannya berkonsepkan food court. Dalam tu kalau ikut kiraan NM, ada lebih kurang 17 gerai dengan menu yang berbeza. Kawasan agak luas dan tempat duduk pun sangat selesa.

Gambar di bawah sebahagian pemandangan di dalam sekitar foodcourt lepaking tersebut.

So kalau ikutkan yang NM perasan, dari 17 gerai, tak ke semua yang buka. Waktu NM tiba di sana, antara yang belum buka adalah steambot. Cuma dalam jam 7 petang macam tu barulah nampak gerai dah mula buka.

Konsep order di sini agak menarik, anda perlu window shopping di gerai-gerai yang ada terlebih dahulu. Tiada pelayan yang akan layan anda kalau anda duduk menunggu di meja.

Jadi apa yang perlu anda buat apabila berkunjung di Lepaking Semenyih ni, anda perlu ingat, atau lebih mudah anda tulis di mana-mana, contoh dalam fon ke bagi makanan yang anda nak order, kemudian anda perlu ke kaunter pembayaran di bahagian depan.

Seperkara lagi sebelum anda nak order pastikan anda ingat no meja anda. Semua meja adalah bernombor, yang tak bernombor risau meja bunian pula. Ghisau.

NM order menu di bawah je.

Banyak lagi menu lain anda boleh order bagi NM semua di atas memang ngamsui pada tekak NM. Harga pun taklah kayangan sangat. Kena pula dengan rasa dia pun sedap. Kira ok lah tak adalah rasa syahdu bila menyantap.

Cuma NM agak pelik dari segi rating di google. Hanya mendapat sekitar 3.9 bintang. NM rasa dengan menu dan persekitaran yang luas begini, NM lebih bersetuju sekiranya sekurang-lurangnya 4 star. Mungkin juga ratingnya hilang disebabkan perasaan layanan kepada customer dirasakan agak kureng oleh sesetengah staf (tak nak mention staf yang mana). Tapi staf di kedai air NM suka, amat peramah orangnya. Semoga maju jaya!

Servis pun pantas bagi NM, lepas order tak samlai 15minit dah siap sampai ke meja. Dihantar ya, anda tak perlu ke gerai tu untuk datang ambil. Dihidang seperti Raja katanya.

Akhir kata bagi NM, kalau ikutkan penilaian star, lokasi NM bagi 4star, menu 4star, rasa 4 star, keselesaan dan environment 4.5star dan servis 4 star. So overal NM rasa syiok melepak di Lepaking. Lagu pula nasyid lama lama, kena dengan jiwa NM ni.

Leave a Reply