Series OBI-WAN KENOBI di Disney+ Hot Star (Spoiler Alert)

June 17, 2022 By:

Rangkaian filem terkenal iaitu Star Wars telah pun mengeluarkan satu lagi series yang mempamerkan salah satu watak terpenting dalam francais filem tersebut iaitu Obi Wan Kenobi pada 27 Mei 2022.

Antara watak-watak terpenting lain yang NM suka adalah Qui Gon Jinn yang merupakan master kepada Obi Wan sebelum beliau menjadi Master selepas kematian Qui Gon di tangan Darth Maul di dalam filem The Phantom of Menace.

Yang lebih memberi konflik adalah, Anakin Skywalker yang telah diambil sebagai anak murid kepada Qui Gon pula telah diberikan amanah untuk mengajar beliau agar menjadi seorang Jedi yang berguna. Pada akhirnya Anakin berubah pihak apabila menyertai Dark Side apabila dimanipulasi oleh The Emperor.

Review Unprofessional dari NM

Cukup sekadar berkisarkan kisah ini cerita lampau yang NM pasti ramai peminat Star Wars lebih arif mengenai filem-filem tersebut berbanding NM. Terdapat 6 series untuk watak Obi Wan ini yang akan berakhir pada 22 Jun 2022.

Bagi NM, selepas menonton hampir 5 episod Star Wars Obi Wan ni, NM rasa macam ada something missing. Adalah difahami bahawa Obi Wan telah lama meninggalkan Jedi, jadi pada permulaannya ada episod yang menunjukkan beliau telah “karat” dalam seni bela Jedi tersebut.

Pun begitu, dalam tempoh yang begitu singkat, beliau mendapat skill tu semula. Sedangkan pada pertarungan dengan Darth Vader dengan begitu mudah diayam-ayamkannya. Jadi bagi NM, pihak produser terlalu tergesa-gesa.

Jalan cerita ada masa okay, ada masa agak membosankan. Beberapa watak juga dilihat seperti low bajet action. Terkadang terasa macam ada something off dalam plot-plot yang disusun.

Tidak seperti The Mandalorian yang memberikan sedikit sebanyak rasa ghairah untuk menonton episod seterusnya. Bagi NM, series ini sekadar filler yang pihak produser hanya membuat keputusan sekadar membina sebuah series untuk mengaut keuntungan semata-mata disebabkan pool peminat yang besar.

Agak mengecewakan, ia sekadar dapat mengubati hati melihat watak-watak seperti Obi Wan, Princess Leia(kecil), Darth vader dan Qui Gon(Roh) sahaja. Jalan cerita? ke laut benua Afrika Selatan.

Akhir kata, bagi peminat Star Wars, anda boleh tonton, tetapi usah berikan satu expectation yang tinggi agar anda tak kecewa. Pun begitu, terubat rindu NM pada Obi Wan. May Force Be With You.

Leave a Reply