Bawa anak bermain di Aisha Kidz Planet, Putrajaya Presint 9

June 18, 2022 By:

Cuti hari minggu pastinya membuatkan ibu bapa pening nak bawa anak-anak ke mana-mana. Tempat-tempat fames seperti Zoo Negara, Taman Negara, Farm in The City, Bangi Wonderland , dan banyak lagi tempat-tempat menarik seluruh Selangor. Kebetulan NM menghadiri majlis kahwin kenalan NM di Cyberjaya, terlajak ke Presint 9 dan ternampak Aisha Kidz Planet di Putrajaya ni.

NM sebelum ni pernah nampak satu di Bandar Baru Bangi, tapi tak pernah lagi singgah sana. Jadi alang tu terus singgah bawa budak-budak ni untuk tengok apa ada dalam.

Bertempat di Presint 9 Putrajaya, atau anda boleh tekan link untuk ke google maps lokasi Aisha Kidz Planet ni : AishaKizPlanetMaps.

Anda perlu menggunakan lift atau kalau rajin boleh naik tangga kerana premis tersebut berada di tingkat 3 pada bangunan tu.

Waktu beroperasi dari Selasa hingga Ahad, Isnin cuti melainkan pada Cuti Umum. Mula buka pada 10 pagi sehingga 10 malam.

Dalam tu agak luas, NM anggarkan dalam keluasan 1500sqft, jadi agak selesa untuk budak-budak ni berlari sana sini. Di dalam tu terdapat beberapa permainan yang boleh dimainkan oleh budak-budak. Antaranya adalah taman permainan kanak-kanak(gelongsor), tempat berpasir, kawasan kreatif dan juga terdapat juga satu ruang kalau ada ibu-bapa yang nak buat majlis hari jadi untuk anak-anak pun boleh.

Selain tu terdapat juga bilik untuk anda menyusukan bayi jika bayi anda kelaparan. Tandas juga bersih dan selesa kerana terdapat dua tandas dalam premis tersebut.

Disediakan juga stokin untuk dipakai ketika berada di kawasan tersebut.

Anak NM punyalah seronok berjumpa pula dengan kanak-kanak lain, mereka berinteraksi sesama sendiri.

Dari segi harga pula bermula dari RM 17 sejam dan RM19 untuk 4 jam. Tak perlu bawa stokin kerana mereka juga menyediakan stokin untuk anak-anak anda.

NM belanja sedikit gambaran kawasan di dalam premis, harap tak haram lah sebab tak ada pekerja yang halang NM mengambil sedikit gambar-gambar sekitar.

Leave a Reply