Air minuman tanpa gula dari “angkasa” keluaran Coca Cola

June 19, 2022 By:

Terdapat juga pengeluar produk minuman berkarbonat seperti Coca cola dan Pepsi yang turut bertindak mengeluarkan produk minuman tanpa gula kepada pengguna. Ia dilihat untuk memberi pilihan kepada mereka yang mengutamakan kesihatan dengan mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana diyakini gula memberi punca kepada kemorosotan kesihatan seseorang.

Sebelum ini Coca Cola telah mempunyai produk tanpa gulanya iaitu CocaColaZero, terkini mereka mengeluarkan satu produk limited edition yang dinamakan “StarShine”.

Ini ghupa dia

Packagingnya agak menarik membuatkan kita terasa “apo dio pulok ni”. NM terjumpa keluaran limited edition ni di salah sebuah 7e pada harga RM3.50. Mahal berbanding yang biasa. Pun begitu, nak rasa punya pasal, NM grab setin.

Terdapat kelainan berbanding coca cola zero biasa, ia mempunyai rasa kemanisan yang lebih. Bila NM selak bahagian isi kandungan minuman tersebut, ia terdapat pati lobak merah dan blackcurrent. Memang terasa kedua-dua bahan tersebut dalam minuman ini.

Jadi buat penggemar miniman coca cola tidak bergula ni bolehlah cuba dapatkan di mana-mana kedai atau yang NM temui setakat hari ini adalah di 7eleven. Kadang-kadang produk yang terdapat di 7eleven tidak terdapat di pasaran luar. Mungkin ada perjanjian antara mereka untuk pastikan ianya ekslusif, NM pun tak pasti.

Leave a Reply