Siapa sangka di Ayer 8 Putrajaya “hidup” pada waktu malam

June 20, 2022 By:

Antara tempat yang cantik dan menjadi mercu tanda di Malaysia adalah sekitar Putrajaya. Dan NM baru-baru ni baru terdedah dengan satu tempat yang agak menarik di sana pada waktu malam selain di bulatan persiaran Putrajaya (depan pejabat Perdana Menteri). Tempat yang NM maksudkan adalah di Ayer 8 Putrajaya.

NM beberapa kali pernah ke sana antaranya bersama delegasi dari Negara Thailand dalam menyantuni kehadiran mereka beberapa tahun lepas sebelum bermulanya Covid-19. Bermula dari situ NM mengenali Ayer 8, namun disebalik kisah tersembunyi yang NM tak tahu pada waktu tu adalah ia HIDUP PADA WAKTU MALAM!

Tempat yang NM beberapa kali lepak di sana adalah di Teh Tarik Place. Pekena Teh Tarik sambil menghadap permandangan tasik putrajaya adalah sesuatu yang menyenangkan lebih lagi pada waktu malam.

Pun begitu di sekitar kawasan tersebut banyak aktiviti lain yang anda boleh lakukan bersama keluarga. Antara permainan yang terdapat di situ adalah aktiviti berbasikal, skooter, Train Ride dan juga pelbagai aktiviti keluarga yang memungkinkan anda luangkan masa pada waktu malam di sana. Di sekitar tepi tasik tu pun ada tempat untuk ada melepak bersama keluarga, boleh juga piknik.

Ia menarik apabila anda ingin merehatkan minda, melihat keluarga-keluarga lain bermain bersama. Ia sesuatu yang sangat mendamaikan setelah terkurung lebih 2 tahun akibat dari Covid.

Terdapat juga restoran-restoran dan kedai yang menarik di sana. Antaranya Mokti Aiskrim gula apong putrajaya. Sambil menikmati permandangan, sambil juga anda boleh menikmati aiskrim yang sangat sedap. Bagi NM askrim Mokti ni mempunyai rasa yang sesuai kerana ia tidak terlalu manis dan rasanya sangat unik.

Ada banyak lagi restoran-restoran lain di sana. Ada satu kawasan terdapat satu mesin yang menghasilkan bubbles. Yang lagi menarik mesin itu memainkan lagu PUTRAJAYA. Siapa sangka Putrajaya turut mempunyai lagu tersendiri.

Jadi sesiapa yang teringin nak meluangkan masa (terutama waktu malam) bersama keluarga di Putrajaya, NM sangat recommend untuk bawa keluarga anda di sini. Buat mereka yang belum berkahwin, jaga kelakuan, di sana ada ramai keluarga, tak manis buat benda tak elok dan elakkan permandangan tercemar.

Kalau nak tahu lebih lanjut NM suggest untuk ke sana sendiri bagi merasa sendiri kehidupan malam di sana!

Lokasi : Ayer8Putrajaya

Leave a Reply