Minyak masak berbotol dilupuskan subsidi. Harga siling ayam dan telur turut dihapuskan| Apekeheyob! Bukan itu saja

June 22, 2022 By:

Pada 21 Jun 2022 tercipta satu berita tergempar dalam senario negara di dalam Malaysia, satu bantuan subsidi kepada rakyat yang merangkumi barang asas seperti minyak masak, telur dan juga ayam pada harga siling akan dihapuskan bermula 1 Julai 2022. Ini satu perkara yang besar yang bakal menjadi mimpi ngeri buat rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia bakal memberikan kesan!

[posting ni membebel agak panjang]

Apa itu subsidi??

Subsidi ni merupakan bantuan kewangan daripada kerajaan kepada rakyat dengan pembayaran kepada pengeluar dan pembekal pada barang-barang atau perkhidmatan tertentu.

Fungsi subsidi ni boleh jadi untuk menggalakkan pengambilan bekerja seperti yang berlaku pada zaman Covid, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan subsidi upah. Ia bagi mengelakkan pembuangan pekerja dikala waktu sukar selain ia dapat membantu dari segi operasi sesebuah perniagaan dapat diteruskan. Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan kekurangan serta kelembapan ekonomi yang mana perniagaan dapat terus beroperasi dengan kapasiti dan skil pekerja tidak terjejas.

Selain itu subsidi juga terdapat pada bahan-bahan asas termasuk juga minyak petrol kecuali petrol 97.

Contoh mudah, kerajaan menetapkan harga minyak pasaran dunia sekarang rm4 seliter, tetapi disebabkan wujudnya subsidi rakyat hanya perlu membayar nilai seliter pada rm2. Bakinya akan dibayar oleh kerajaan kepada pengeluar minyak tersebut.

Apa kesan penghapusan subsidi minyak berbotol

Terdapat kesan yang boleh dijangka apabila penghapusan subsidi ini dilakukan.

Kita akan mulai rasa harga barang akan meningkat, troli tidak akan lagi penuh dengan hanya berbekalkan rm50(usik). Ini kesan negatif.

Bagi kesan positif juga banyak, kerajaan dapat menggunakan dana peruntukan subsidi kepada pembangunan serta pengukuhan ekonomi serta dapat membantu dalam menstabilkan nilai mata wang ringgit.

Subsidi-subsidi yang dihapuskan ini juga merupakan subsidi sementara yang diperkenalkan sewaktu covid sebelum ini. Dan bukanlah kesemua minyak masak dihapuskan shbsidi. Tetapi hanya minyak masak berbotol sahaja yang dihapuskan. Minyak masak paket masih lagi di bawah subsidi kerajaan pada nilai rm2.50 sekilo.

Untuk harga siling ayam pula yang diperkenalkan pada awal 2022 pada harga rm8.90 sekilo. Akibat daripada peningkatan harga import bahan makan bagi ayam turut memberikan kesan yang agak significant.

Penghapusan ini bertujuan lebih pada mengurangkan pengeluaran dana kerajaan pada item ayam.

Pandangan NM

Tindakan kerajaan ini seharusnya diteliti terlebih dahulu sebelum dibuat kesimpulan. Ramai yang mula bising dan panik apabila berita ini diuaruarkan.

NM faham tentang keadaan ekonomi yang kian terdesak, tetapi kita juga perlu faham ekonomi negara mentadbir keseluruhannya. Kadangkala pemerintah ataupun pemimpin akan memikirkan kesan dari setiap tindakan yang dibuat.

Jika kita hanya melihat pada satu sudut sahaja, ia pasti membuatkan rasa marah dan tidak puashati.

Keadaan kini dalam peralihan kembali ke normal. Tiada lagi sekatan-sekatan yang mengelakkan kita dari berusaha mencari jalan dalam memastikan kita kekal releven.

Tekanan itu wujud, dan di mana sahaja pastinya akan ada tertekan. NM harap kita dapat lean dan relax, bertenang dan rancang untuk masa depan kita yang boleh memberi perubahan kepada hidup kita pada masa sekarang dan akan datang.

Sewaktu covid sebelum ini pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan, banyak dana dan peruntukan telah disalurkan pada rakyat. Setiap perkara pastinya ada give n take. Why not kita sama sama cuba untuk improve diri, cari ruang dan peluang untuk bersama sama hadapi situasi getir seperti ini. Satu pesan NM, jangan mengalah. Go fighting!

Ini pula suggestion pada kerajaan, agak agak Menteri atau penjawat awam yang jenis makan gaji buta, makan rasuah, silalah tendang serta merta. Kesian mereka kalau perlu jawab nanti hasil yang digunapakai dari sumber mana. Kerajaan pula dapat juga lebih duit belanja untuk bangunkan negara.

Selain tu, boss Dato Seri Ismail Sabri, takkan lah rm100 je. Kawtim lah lebih sikit.

Leave a Reply