Chill di Kopi & Kueh Port Dickson | Menikmati kopi dan pastry di PD

July 10, 2022 By:

NM memang pantang bila dapat tahu ada kedai kopi yang belum NM cuba. Dari Starbuck, Gloria Coffee, Costa Coffee, McD, ZUS, Bask Bear, Ultimatum, Celcius coffee, Richiamo, dan macam-macam jenis lagi kedai coffee yang boleh didapati sekitar seluruh Malaysia, kalau ada orang recommend, pasti NM akan cuba untuk menjengah dan menghirup hasil tangan barista masing-masing. Dan tiap hasil masing-masing ada berbeza walau sedikit atau kurang.

Jadi kali ni NM direcommend untuk cuba satu kedai coffee yang berada di Port Dickson Negeri Sembilan.

Kedainya terletak di tepi jalan, dan kedainya juga tidak terlalu besar. Tetapi hiasan dalamannya sangat kemas dan cantik. Dapatlah kita rasakan berada di suatu kedai yang mempunyai sentuhan yang halus. Keadaan dalamanya juga agak selesa beraircond. Tetapi kalau anda inginkan udara segar, kedai ini juga mempunyai meja di bahagian open air.

Antara menu yang terdapat dalam kedai ini adalah seperti di bawah

Ini adalah sebahagian ya, ada banyak lagi pilihan yang boleh anda dapati dari kedai ini. Selain dari minuman, mereka juga mempunyai pastri dan kek. Di ruangan display, pastinya akan membuatkan anda teringin nak grab satu. Tambah lagi bau bakerinya yang menambah kenikmatan pada pancaindera anda.

Okay berbalik pada kopi sebab NM memang suka apabila coffee yang digunakan adalah kopi Columbia. Ia antara yang paling NM gemar di antara semua jenis coffee yang berada di pasaran.

Untuk kali ni NM membuat pesanan untuk Iced Coffee Latte dan juga Frappe Lotus Biscoff. Rasa kopinya tidak hilang dek rasa susu yang berlebihan di sesetengah kebanyakan kedai lain. NM memang gemar akan kepahitan kopi itu tidak dibayangi rasa susu yang “tertumpah lebih”.

So untuk ini NM bagi score 8/10 bagi coffee hasil tangan kedai ni berdasarkan citarasa NM.

Kalau anda teringin nak singgah NM bagi detailnya di bawah

Waze: Kopi & Kueh https://waze.com/ul/hw22qjxxye

Google Maps : Kopi & Kueh https://goo.gl/maps/oHihFj13pVTbYuWz5

Waktu beroperasi pula :
Saturday, Sunday & Public Holiday: 10am – 10pm
Mon, Tues & Wed: 2pm – 10pm

Leave a Reply