Kisah NM dapatkan RFID TnGo melalui apps pada 25 Ogos 2022

August 26, 2022 By:

Sebelum ini stok bagi kad RFID Touch N Go tidak mempunyai stok. Namun beberapa hari lepas mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa stok mereka akan dikeluarkan pada 25 Ogos 2022 pada jam 10 pagi.

NM pada mulanya macam endah tak endah tentang makluman tersebut. Pun begitu ia tiba-tiba lalu di Facebook Wall NM. Jadi NM rasa why not untuk cuba.

Pada jam 11.40pagi, NM mulakan misi membeli kad tng yang amat payah nak ada ni. Jadi NM pun buka lah aplikasi TnG, dan di awalnya akan dimaklumkan kad hanya boleh dimiliki 1 sahaja bagi tiap pengguna. Ini agak bagus bagi mengelakkan scalper buat kerja. Beli murah jual mahal. Apa benda.

First try NM keluar error macam ni apabila nak cuba tekan +

Tapi NM tak mengalah, teruskan spam beratus kali. Kalau sambil zikir lagi bagus dah boleh dapat pahala sekali jalan.

Dia ada dua peringkat yang akan keluar notis makluman traffic heavy ni. Untuk + memerlukan banyak kali percubaan spam. Dah berjaya +1, anda perlu ke ujian seterusnya.

Peringkat ke dua adalah waktu membuat pembayaran. Di situ NM empat kali terciduk. Dan memerlukan anda kembali ke peringkat pertama semula. Dah macam main game.

Selepas hampir 30 minit berusaha dan NM dah hampir berputus asa, NM tekad dalam hati, “ini last”. Dan alhamdulillah TnG keluarkan makluman kejayaan NM yang berusaha keras hari ni.

Di bawah ni adalah bukti sijil kejayaan NM.

Berapa lama akan ambil proses penghantaran ke rumah NM pun tak pasti. Yang pasti NM puas hati berjaya dalam pertarungan yang sengit ni.

Apa pengajaran dia tuan puan? Never give up! Kadangkala kita dah rasa nak mengalah, rupanya kejayaan tu sikit je lagi depan tu. Keep moving forward! Ganbatteh!

Leave a Reply