Buat passport bagi anak bukan warganegara (ibu warganegara) di pejabat imigresen Malaysia cawangan Hentian Kajang

August 30, 2022 By:

Sejak sektor penerbangan antarabangsa di buka, ramai yang inginkan untuk keluar dari Malaysia dalam menjalani pelbagai urusan. Bagi anak bukan warganegara(suami) dan isterinya adalah warganegara, NM berkesempatan untuk berkongsi sedikit kisah dan apa dokumen-dokumen yang diperlukan.

List kat atas ni yang diberi oleh pegawai di kaunter imigresen pada hari sebelumnya.

  • Salinan Surat beranak / birth cert
  • Salinan Passport suami/isteri yang bukan warganegara (semua yang bercop termasuk page keluar masuk dan visa)
  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa warganegara
  • Salinan sijil nikah suami&isteri

Dah buat salinan semua ni anda boleh lah ke pejabat imigresen tu semula.

NM pergi waktu tu hari Sabtu, pejabat imigresen hanya di buka sehingga 12.30 tgh hari sahaja. NM sampai dalam jam 9 macam tu. Masa tu orang-orang dah beratur panjang. Dalam pulak memang dah penuh termasuk yang queue untuk ke kaunter ambil nombor. Sebab tu yang diluar perlu tunggu lebih dahulu.

Dalam 20 minit jugak baru NM dapat masuk ke dalam untuk ambil nombor. Jika semua dokumen dah lengkap NM nak kena tunggu nombor giliran dipanggil (dokumen salinan dan asal akan diberi semula).

Waktu tu kaunter dibuka tak banyak. Jadi perjalanan proses nombor dipanggil berlaku agak perlahan. Lepas nombor dipanggil, kat kaunter tu akan ambil gambar ukuran passport dan penyerahan dokumen salinan dan asal kepada pegawai kat kaunter tersebut.

**Kalau bayi, ibu atau bapa perlu dukung anak untuk ambil gambar passport.

Selepas selesai, anda perlu buat bayaran. Perlu diingatkan, pembayaran hanya boleh dilakukan secara cashless sama ada debit atau credit card sahaja. Tiada lagi penggunaan secara tunai di sana. NM rasa ia bagi membendung penularan covid 19. Kemudian anda akan diberikan semula dokumen asal, dokumen salinan diambil oleh pihak imigresen.

Tunggu sekejap dalam 30 minit macam tu, passport anda sudah siap sedia. Nombor akan dipanggil untuk ke kaunter penyerahan passport.

NM ambil masa lebih kurang 3 jam dalam proses pembuatan passport untuk anak NM. Jadi sediakan mental dan spirit yang anda akan berada di sana lama melainkan datang awal-awal pagi. Pun begitu kat luar ada kedai makan boleh lepak-lepak.

Leave a Reply