RFID sticker tak dapat detect di Tol

September 8, 2022 By:

Aduhai, apa nak buat ni RFID tak dapat detect pula.

Itu yang berlaku kat NM baru-baru ni di Tol Port Dickson. Keluar dari Tol elok je detect, bila nak masuk di tol Port Dickson, terus sangkut.

Kelam kabut staf di situ lebih lagi waktu tengah gerimis mengundang. Beberapa staf lain turut turun. Mungkin salah seorang tu adalah supervisor.

Cubaan demi cubaan masih tak berjaya detect. Tak pasti mengapa, sebab tak ada kesan calar ataupun apa-apa kesan yang memungkinkan kerosakan pada stiker tersebut.

Setelah lebih kurang 10 minit, mereka akhirnya keluarkan satu voucher macam dalam gambar di bawah. Voucher ni membolehkan NM dapatkan perkhidmatan semakan secara percuma di mana-mana RFID terpilih seluruh negara.

NM singgah di salah satu providernya di Bangi. Selepas cek, memang tak dapat berbuat apa-apa dan memerlukan untuk menggantikan RFID yang baru.

Staf kat situ pun tolong daftarkan balik RFID baru tu atas nama kenderaan yang NM guna ni.

Jadi buat mereka yang memakai stiker RFID, sentiasa bersedia untuk mengalami kes yang sama. Yang penting bertenang dan hadapi dengan tabah. Bagi NM masih perlu penambahbaikan. Contohnya kalau memang ada expired(barang mudah rosak), perlu mention awal-awal. Sebab pengguna faham, stiker macam tu bagi NM agak mudah untuk mengalami kerosakan. Dah kena panas hujan tiap hari. Potensi untuk rosak sangat besar.

Itu saja kut dari NM. Tenang is good.

Leave a Reply