Durioo+, aplikasi video streaming selamat untuk tontonan anak-anak anda

Dunia internet yang tiada batas menyebabkan kita sebagai para ibu dan bapa merasa risau terhadap pendedahan yang tidak sepatutnya terhadap anak-anak. Kemampuan capaian internet yang semakin pantas membuatkan anak-anak kita berisiko terdedah dengan perkara yang tidak elok sewaktu mereka masih tidak mampu membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik.

Antara perkara-perkara yang membimbangkan seperti gangsterism, pengaruh dadah, batas sosial melampau, perkataan lucah dan kasar, buli, dan pelbagai perkara yang amat tidak sesuai kepada mereka. Oleh itu, seorang tokoh bukan asing yang pernah menghasilkan fenomena Didi & Friends, iaitu Saudara Sinan, beliau telah mencipta satu platform selamat yang dikenali sebagai Durioo+.

Aplikasi ini mengandungi pelbagai video-video yang selamat untuk tontonan anak-anak dari pengaruh dan anasir agenda yang boleh merosakkan pemikiran suci anak kecil kita. Malah ia diselitkan dengan pembelajaran agama serta nilai-nilai murni yang amat baik untuk diterapkan kepada merea. Antaranya adalah Little Ammar, Leo the Wildlife Ranger, Mina Mila, Abibi, Cutie Fatima, dan banyak lagi. Tambah menarik, mereka turut menyediakan video origami yang mudah untuk difahami oleh anak-anak.

NM dah subsribe Durioo+ ni selepas trial 7 hari secara percuma. Harganya juga tak mahal, kalau Youtube Premium RM17.90, Durioo+ ini hanya RM12.90 sebulan. Tapi kalau ambil pakej setahun lebih menjimatkan. Hanya RM 129.90 setahun di mana anda dapat jimat selama dua bulan. Tetapi pilihan atas masing-masing.

Kalau sebelum ni anak-anak NM suka tonton di Hypptv dan Youtube, kini mereka tidak lagi berminat, mereka lebih berminat untuk menonton di Durioo+. Ini NM punya testimonilah, tak pasti anak orang lain sebab pastinya minat anak kecil kita semestinya berlainan.

Cuma bagi NM, ia merupakan satu langkah yang tepat. Tiada lagi kerisauan sekiranya mereka menggunakan aplikasi Durioo+ ni. Walaubagaimanapun NM masih menjaga dari segi masa mereka dalam ScreenTime. Mereka masih ada limit dalam penggunaan teknologi telefon bimbit kerana bagi NM mereka perlu dan wajib terdedah terhadap real world juga.

Jadilah ibu bapa yang bijak.

Oh nak langgan boleh ke laman web rasmi mereka di Durioo+, NM bukan agent mahupun paid review untuk mereka. Tapi kalau wakil dari mereka terbaca ni nak bagi free setahun tajaan pun okay NM terima saja. Huahua!!

14/09/2022 : Terdapat limited promotion sebanyak 50% pada bulan pertama apabila menggunakan KOD : INTRO50

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.