Sejarah Halloween yang mungkin anda tidak tahu

November 1, 2022 By:

Sesuatu sambutan perayaan tak kira dari pelbagai jenis bangsa atau agama pastinya mempunyai sejarah tersendiri. Antara yang baru-baru ini kita telah melihat di media-media sosial dan juga di Negara kita ini sendiri menyambut salah satu perayaan hari Halloween pada akhir bulan Oktober lalu.

Sejarah Halloween

Halloween ini merupakan salah satu sambutan yang telah berlaku sejak pada masa lampau oleh mereka yang menganut agama Pagan. Paganisme (dari perkataan Latin paganus, bermaksud “penduduk kampung”) adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan Kristian. Dengan kata lain, istilah ini digunakan untuk tradisi kepercayaan kepada banyak tuhandewa dan dewi atau agama masyarakat jahiliyah dari kaca mata barat atau Kristian. Istilah ini mempunyai pelbagai maksud dari perspektif barat. Ia mempunyai konotasi kepercayaan pelbagai tuhan, kerohanian, dan amalan animistik atau kebomohan.”- Wiki

Agama pagan ini mereka menyembah pelbagai jenis tuhan termasuk pokok, berhala, batu, matahari dan macam-macam lagi yang bercanggah dengan agama Islam yang suci dianuti oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Pada waktu itu ia dikenali sebagai Festival Samhain.

Ia masyhur di kalangan bangsa Celtic yang merupakan bangsa yang dikatakan memulakan festival ini. Bagi kepercayaan mereka, ia bertujuan untuk memperingati orang yang telah mati kerana pada waktu ini mereka menyakini bahawa orang mati turun ke bumi dan mampu berkomunikasi dengan mereka.

Oleh itu, sebahagian dari pada pendeta mereka menggunakan asas ini untuk mendapatkan ramalan masa depan melalui si roh si mati. Pada hari itu, mereka akan memakai kepala kulit binatang ataupun apa-apa topeng dan menyalakan unggun api.

Kadangkala mereka juga membakar tanaman dan juga haiwan-haiwan bagi persembahan kepada dewa mereka.

Namun zaman berlalu sejak kedatangan kristan, mereka telah mengadaptasi dan menjadikan sambutan festival samhain dan festival faralia dalam waktu yang sama.

Sehingga kini ia terus berevolusi sehinggalah apa yang anda boleh lihat pada sambutan pada waktu ini.

Signifikasi Sambutan Halloween

  1. Mengenakan pakaian kostum
  2. Pemberian gula-gula/kuih/biskut
  3. Carian jodoh
  4. Trick or Treat!

Pada sambutan festival ini, mereka akan mengenakan pakaian kostum unik dengan pelbagai watak. Ada yang menyeramkan, ada yang kelakar ada juga yang stylo baq ang.

Kalau kita tonton di movie, kita seringkali melihat pada waktu halloween ini kanak-kanak akan datang dari rumah ke rumah dan meminta gula-gula atau biskut atau pun permainan daripada tuan rumah. Seringkali mereka mengungkapkan perkataan “Trick or Treat!”kepada tuan rumah apabila mereka membuka pintu. Pada asalnya ia merupakan ungkapan bagi menghalau roh yang jahat mengikut kepercayaan terdahulu. Tapi kini ia digunakaan pada makna yang lain.

Ada juga yang menjadikan festival ini sebagai tempat mencari jodoh dikala mereka berkumpul beramai-ramai. Jadi ia tak mustahil campak satu batu, jodoh pun datang.

Hukum menyambut Halloween bagi penganut beragama ISLAM

Sudah semestinya jumhur Ulama’ akan membicarakan salah satu perkara yang agak penting lebih lagi jika ia melibatkan akiqah agama lain. Kadangkala kita perlu menilai dengan baik sebelum mebuat keputusan sama ada ingin menyertai atau pun tidak memandangkan kita mempunyai agama yang WAJIB digigit dipegang dengan utuh.

Antara perkara yang istimewa bagi agama islam adalah, agama ini tidak akan berubah mengikut citarasa manusia sejak dari zaman terdahulu. Ia kekal selamanya. Contoh mudah hukum minum arak adalah haram dan penganutnya WAJIB untuk tidak mendekati atau mengkonsumnya dan ianya kekal begitu.

Pandangan Mufti Wilayah

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

Riwayat Abu Daud (4031)

Mufti wilayah telah menetapkan melalui persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat pada laman rasmi mereka di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – IRSYAD AL-FATWA KE-91: HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN (muftiwp.gov.my). Mereka menegaskan pengharaman penyambutan festival halloween inil

Terdapat beberapa pandangan dari yang lain dan ke semuanya bersetuju untuk meletakkan di sambutan hari halloween ini adalah sama sekali haram.

Pandangan NM

Walaupun NM bukanlah sesiapa untuk memberikan pandangan yang boleh dipegang oleh sesiapapun. Tetapi bagi NM, bila sesuatu hukum itu telah jelas dan tiada keraguan, cukuplah kita berpegang dengan Agama suci kita ini. IA lebih berbaloi kita menjaga akidah kita berbanding mendapat sedikit keseronokan yang membinasakan.

Bagi NM, sesuatu perkara yang tidak memberikan impak kepada kehidupan kita malah lebih memudaratkan, adalah lebih baik kita cegah atau elakkan. Pada tahun 2022 sesuatu yang tidak mustahil berlaku di tanah kelahiran nabi mulia kita. Lebih memilukan ia disertai oleh ramai yang NM yakin majoritinya adalah beragama islam.

terasa sedih dan hiba apabila ini berlaku pada zaman NM celik mata dan bernafasa. Kerosakan secara halus telah mulai dirasai. Tetapi NM faham dan redha, kita kini berada pada akhir zaman sepertimana Nabi kita pernah sebut tentang pada zaman ini yang pasti gerun dan mencabar.

Dari perspektif kepelbagaiaan perayaan NM hormati, namun jika melibatkan anak-anak orang islam, NM terpanggil untuk kita semua bermuhasabah dalam diri kita. Adakah kita seorang muslim yang baik?

Sedarlah, kita akan diuji dari pelbagai pelosok sejak kita lahir lebih lagi kita memegang title muslim.

Jika bukan kita yang mendokong agama ini, siapa lagi?

Leave a Reply