Buat cermin mata murah di Ikhwan Optometrist Bangi Seksyen 8

NM hari ni nak berkongsi pengalaman berurusan dengan Kedai Cermin Mata Ikhawan di Bangi Seksyen 8 Selangor

Bertempat di HADAPAN PKNS (seberang jalan), sebaris dengan restoran D”limau Nipis. Atau anda boleh buat carian di googlemaps. Dari segi parking mudah untuk dapat. Banyak disediakan parking di sekitar premis tersebut walaupun jalan kadang kala agak sesak.

Premis dari hadapan

Berurusan dengan mereka juga agak mudah dan senang. Mereka tak lokek berikan pandangan dan cadangan kepada NM. So bagi NM, servis mereka NM boleh bagi A.

Harga?? NM boleh jamin antara termurah yang boleh didapati di sekitar Bangi berbanding kedai cermin mata lain yang NM pernah masuk.

Selain itu, kelengkapan yang mereka sediakan juga agak baik. Diagnosis yang dilakukan juga secara profesional. Mereka mudah berkomuniskasi dan memberikan maklumat yang jelas.

Pada mulanya NM hanya datang untuk teman beli Spek mata cinta hati NM, tapi alang alang tu rasa nak cek pula. Tuptup, memang NM rupanya ada kerabunan. Memang sebelum ni NM kalau tengah ngadap monitor laptop, muka kalau boleh nak lekap kat skrin tu. Lagi pula masa driving waktu malam, silauan cahaya lampu kereta memang menyakitkan jiwa. Selepas beberapa ujian dilakukan, NM pun bersetuju untul tambah koleksi cermin mata bagi fungai anti silau dan khas untuk penggunaan komputer.

Siap dalam masa 1 hari.

Alamat

Jadi buat mereka yang mempunyai masalah rabun atau penglihatan, usah malu usah segan, singgahlah ke Ikhwan Optmetrist di Bangi seksyen 8.

FACEBOOK : IkwanSeksyen8

TEL : 03-8926 8448

((Review ini tak berbayar, tapi kalau boss ikhwan ni nak bagi spek free apa salahnya kannnn))

%d bloggers like this: